tag:blogger.com,1999:blog-32559949461348643732024-03-05T20:33:14.290+08:00anak DARUL MAKMURdisini aku berjuang.. di tanah yang dipusakai dari Maha Pencipta untuk kita bangunkan sebuah negara yang menjadi tiang untuk mendirikan Daulah yang akan membebaskan manusia dari menjadi hamba kepada manusia.Unknownnoreply@blogger.comBlogger35125tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-16184498708331410812014-09-22T21:41:00.001+08:002014-09-22T21:41:07.496+08:00Buah gelutKalau dalam silat dinamakan buah gelut yakni helah untuk memerangkap dan mengalahkan lawan maka dalam politik kita katalah helah atau strategi. Tak kiralah siapa awak kerana memang tiada status maksum pada kita walaupun apa tahap yang ada samaada bergelar doktor , tuan guru atau macai . Teringat kata seorang arwah lewat sebelas tahun dulu , ilmu umpama daun kayu. Fahamkan sebelum ini dari segi bilangan daun sahaja rupa-rupanya bermacam-macam segi.... noktah .

Karangan ini masih merujuk kepada gambar dibawah tapi bercerita tentang pergelutan sekarang dalam Pas,PKR dan PR .Dalam politik sesiapapun sama taraf dan yang berbeza cuma semasa belum berpolitik.Bila dah masuk tak kira awak siapa dan apa alasan awak , belum tentu sama taraf kemuliannya dengan kerja pengangkut sampah atau pencuci longkang.Jadi janganlah merasakan kita sentiasa memperolehi pahala dalam setiap apa kita buat semata-mata hanya sekiranya parti kita tertulis perkataan islam.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-71594227279873294392013-05-17T19:16:00.001+08:002013-05-17T19:16:25.798+08:00Haji Hadi ; Terjerat atau kurang bijak

Tajuk komentar saya sudah boleh membuat ahli Pas naik marah tapi itulah hakikatnya. Kenapa seorang Tuan Guru merangkap Presiden Parti Islam yang sudah merata dunia diketahui reputasinya begitu mudah diperangkap. Ada ahli Pas mengatakan beliau dianiaya tapi kenapa insiden ini boleh terjadi . Mana pegawai peribadinya ? Atau Tuan Guru ini boleh diarah dengan begitu mudah tanpa bertanya .

Apa-apa pun gambar inilah yang menjadi punca BN menang 4-0 di Jerantut malah hampir sahaja calun Bebas yang disebelah Tuan Guru menang . Ramai pengundi cerdik tidak menyokong Dr Hamzah calun Pas tapi ramai penyokong kurang cerdik Pas mengundi calun Bebas . Fikirkanlah apa Tuan Guru dah buat tanpa dia sedar dia menyebabkan undi Pas berkurang.

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-71965633949106422962013-05-17T00:08:00.003+08:002013-05-17T00:08:57.725+08:00Cerita lain kalilah di JerantutUcapan 'ini kalilah' pada awalnya diharap menjadi senjata untuk memaut sokongan kepada calun PR tapi akhirnya bertukar menjadi 'lain kalilah'. Awalnya mood 'ini kalilah' masa menukar kerajaan BN kepada PR amat dirasai terutamanya dikalangan pengundi bandar jerantut . Beberapa bualan dengan pengundi memang membayangkan angin ubah akan melanda tapi beberapa fenomena saat-saat akhir menyebabkan angin tersebut lesap begitu sahaja ditelan oleh emosi dan poket-poket yang mengelembung.

Perubahan kepada ' lain kalilah ' terjadi apabila watak utama PR dalam PRU13 iaitu calun P.81gagal mengawal emosi apabila sahabat karibnya menjadi calon Bebas cap bungaraya setelah gagal mendapat watikah untuk bertanding atas tiket DAP. Maka bermulalah satu kerja untuk mengelirukan pengundi penyokong PR bahawa calun Bebas bebas Dap ini mendapat restu rahsia dari pimpinan Pas . Berbagai usaha dilakukan untuk menarik sokongan dari penyokong Pas sehingga bekerja keraslah para ustaz dan ustazah Pas menjaja macam-macam helah supaya calun Bebas ini menang sehingga ada yang berani mengatakan syura' ulama' Pas menerima gabungan Pas dan Bunga Raya ini.

Bagi jentera PR yang baru ditubuhkan untuk membantu calun PKR mereka terkejut bila menyedari bahawa hampir 80% jentera p/raya Pas Dun Damak telah nekad membantu calun Bebas walaupun menentang PKR yang telah menubuhkan sama-sama Pakatan Rakyat. Berbekalkan sedikit fitnah dan sifir pengundi yang memenangkan calun Parlimen Pas mereka ini telah menjadi penghalang kepada kerja2 kempen PKR dan senario seolah-olah Pas juga bertanding DUN . Maka perlawanan 4 penjuru di DUN Damak benar-benar sengit antara PKR menentang BN/MCA dan Pas/Bebas.

Keasyikkan jentera Pas Dun Damak menjalankan kerja kempen untuk calun Bebas benar-benar menjerat calun Pas sendiri. Pas merelakan lambang bulan dipergunakan oleh calun Bunga Raya sewenang-wenangnya. Mereka ( Pas Damak) lupa bahawa lambang bulan milik umat Islam dan ini melukakan hati segelintir umat Islam yang perihatin terhadap Pas . Kelukaan inilah yang menjadi punca kekalahan calun -calun Pas di Jerantut , Tahan dan Pulau Tawar.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-83367842745931519582013-05-16T07:16:00.000+08:002013-05-16T07:16:16.650+08:00DUN Damak yang bercelaru

PRU 13 yang lalu benar-benar memaparkan sikap sebenar sebahagian ahli politik di Jerantut.Melihat kepada gambar tertera ramai pengundi tertanya-tanya malah ada yang terkeliru apakah ada rakan baru dalam Pakatan Rakyat sedangkan diwaktu yang sama Parti Keadilan juga meletakkan calun disini (DUN Damak).

DUN Damak ada 4 calun yang bertanding iaitu BN,PKR, Bebas( Bunga Raya) dan Bebas (Cangkul).Atas beberapa sebab Pas yang bertanding kerusi parlimen memilih calun Bebas menjadi rakan pakatannya sewaktu berkempen membelakangkan semangat pakatan Pakatan Rakyat.

Persoalannya ;

wajarkah calun Parlimen Pas mencampuri urusan Dun dengan berkempen bersama jenteranya memujuk pengundi memilih calun Bebas Bunga Raya ?

kenapa kempen ' sembelih ' calun PKR yang bermula selepas sahaja hari penamaan calun dilakukan secara terancang dan terang-terang.

kenapa jentera kempen Pas Dun Damak bersungguh-sungguh menyokong calun Bebas BungaRaya sehinggakan kerja2 kempen untuk calun Parlimen Pas terbantut.

kenapa Tuan Presiden Pas juga berjaya dipergunakan oleh calun Bebas untuk kempennya seolah-olah dia mendapat restu dari presiden Pas.

kenapa Pas Jerantut menjahanamkan persahabatan dalam Pakatan Rakyat di DUN Damak dengan berbagai-bagai alasan dan fitnah terhadap calun PKR.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-9181319007858178022013-01-06T13:20:00.000+08:002013-01-06T13:20:24.629+08:00Amanat Haji Abdul Hadi

Saya belum pernah membaca secara penuh amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi ,presiden parti Pas,cuma berkesempatan menatap beberapa helaian yang dimuatnaik dilaman facebook dan blog. Tapi apabila heboh hari ini media berbagai jenama meminta TGHAH menarik balik amanatnya maka saya kembali berminat untuk memberi perhatian kepada isu ini.

Amanat ini sejak awal lagi telah menjadi pemecahbelah masyarakat Melayu. Bagai nak pecah kepala otak ustaz2 Umno nak menjawapnya. Kerana sebelum ini hampir semua Melayu Islam selesa dengan pegangan politik suku agama suku. Amanat ini menyedarkan ramai orang Melayu betapa kewajipan mereka mengambil Islam menjadi teras politik dan membuang konsep kebangsaan,puak dan kesukuan.

Sudah lama amanat ini tertampal didada masyarakat tapi masih ramai yang menolak .Kenapa ? Kenapa tiada yang berani membahaskan amanat ini secara berdepan dengan TGH Abdul Hadi atau minta TGHAH tunjukkan wakil ganti beliau seandainya tidak berani berdepan dengan beliau. Kalau setakat berhujah diperingkat Jerantut , dengan saya pun boleh.

Mengajilah ... mengajilah .... kita jadi jahil kalau tak mengaji Islam .

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-3264102448019300302012-12-13T08:04:00.001+08:002012-12-13T08:04:18.901+08:00Mabuk KepayangApa yang saya catat disini hanyalah apa yang kutip dari beberapa siri pembacaan dimajalah dan akbar serta hasil dari menonton TV. Sebenarnya banyak sangat senario politik Malaysia yang sentiasa menjijikkan deria saya tapi apakan daya sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab saya harus dengar,lihat dan berdepan dengan suasana yang berlaku hari ini.

Sangat kebas lidah saya untuk memanggil gelaran Datuk kepada beberapa sang algojo yang sering berkeliaran. Bukan kerana dengki dan hasad tapi minda bodoh saya masih berpendapat seorang 'Datuk' negeri Pahang mesti seorang yang setedi ,berilmu,berjasa dan berkampung .Akibatnya ramai yang memandang rendah kepada yang bergelar 'Datuk' negeri Pahang Darul Makmur.

Kini heboh pula dengan ramalan BN akan hilang majoriti dalam Dewan Negeri dan Dewan Rakyat. Mungkin PM baru kita DS Anwar dan MB baru Pahang Datuk Fauzi . Bermakna juga UMNO akan mula beransur-ansur mati akibat kekalahan itu. Sebab utama mungkin ramai pecacainya akan berebut-rebut masuk Dap meninggalkan Umno selain tekanan-tekanan yang mungkin ditimpakan oleh PR .

Pas memang boleh menang banyak kerusi DUN Pahang tapi harus kita ingat bahawa jawatan MB mestilah juga direstu oleh Sultan. Wakil Pas atau Dap bukanlah menjadi pilihan kerana tanggapan 'ultra' kepada kedua parti ini dan calun PKR yang akan menjadi pilihan.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-16861805431715395512011-04-07T15:47:00.000+08:002011-04-07T15:47:00.047+08:00Mantapkan Pas PahangPRU 13 yang kian hampir .... ketika ini seluruh jentera BN pusat sedang bertungkuslumus memerah otak demi mencari idea untuk memastikan BN menang cemerlang di Pahang. Tentunya negeri PM ini menjanjikan habuan lumayan sekiranya impian ini berhasil , dapatlah Tok Najib menepuk dada.

Disatu pihak lain iaitu PR ... jentera pilihanraya PR yang dipayungi oleh Pas masih lagi diulit mimpi dengan dibuai oleh isu-isu , mereka dihadapkan dengan pelbagai isu dan fitnah yang direkacipta oleh sang pemikir BN.Maka seperti biasa mereka mengharapkan kebangkitan rakyat pada hari-hari akhir mengundi untuk membantu mereka menumbangkan BN.

Hanya kebangkitan menyeluruh rakyat Pahang yang mampu mengalahkan pemerintahan BN dan tiada siapa manusia yang mampu menghalangnya. Cuma yang teramat penting Pas Pusat mesti membentuk barisan kepimpinan Pas Pahang yang diterima dengan gembira oleh rakyat Pahang dan bukan oleh segelintir ahli Pas.Jangan kerana kemaruk untuk berkuasa pilihanraya 13 nanti kita kempunan lagi.Unknownnoreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-36131783078426939372011-02-21T00:07:00.000+08:002011-02-21T00:07:59.222+08:00Isu Melayu mainan siapa.Setelah negara merdeka lebih 50 tahun lalu, kehendak orang Melayu terhadap perubahan sistem-sistem pentadbiran kepada sistem Islam semakin ketara. Kehendak ini yang disalurkan melalui perjuangan PAS sejak mula merdeka lagi telah semakin mendapat sokongan rakyat walaupun berbagai halangan diujudkan oleh BN. Memang matlamat PAS yang mahu Islam menjadi landasan sistem kenegaraan semakin diterima oleh rakyat khususnya orang Melayu sehingga membimbangkan UMNO yang menjadi teras kepada kerajaan BN.

Melihat kepada minda orang Melayu yang semakin maju dalam menerima Islam secara total maka musuh-musuh Islam di Malaysia mula gusar. Lantaran dari situasi ini maka beberapa isu ditimbulkan . Selain dari cubaan merendah-rendahkan Islam secara langsung , isu Melayu juga dimainkan memandangkan majoriti Melayu adalah Islam. Sebagai kaum majoriti kelemahan dan kecelaruan Melayu tentunya mengencatkan perkembangan perjuangan Islam di Malaysia.

Kita perlu sedar isu Melayu sepatutnya tidak perlu diungkitkan lagi kerana telah diselesaikan sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Apa yang perlu orang Melayu perjuangkan pada abad ini adalah penambah baik terhadap sistem-sistem kenegaraan. Mana-mana sistem yang masih bersandar kepada sistem barat harus melalui tranfomasi kepada sistem dari Islam. Inilah sepatutnya isu yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang Melayu tanpa kira fahaman politik dan bukannya kembali mundur dengan berjuang dalam isu-isu lama.

Apabila sistem-sistem negara yang ada berlandaskan Islam maka tentunya keadilan akan wujud dan hak semua bangsa terjamin. Semua perjuangan atas nama bangsa patut ditinggalkan segera dan penumpuan orang Melayu mesti dalam satu arah iaitu tranfomasi kepada Islam secara keseluruhan . Inilah yang ditakuti oleh musus-musuh Islam dan orang Melayu ( pejuang ) jangan sekali-kali menjadi mata rantai kepada perjuangan musuh-musuh Islam . Musuh-musuh Melayu bertepuk tangan kerana mereka tahu Melayu tidak akan maju dan kuat dengan Ketuanan Melayu sebaliknya Melayu akan menjadi perkasa jika mendaulahkan Islam.Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-10845661945324564142011-01-24T10:10:00.001+08:002011-01-26T08:00:57.660+08:00Tenang seminggu sajaMalaysia akan menjalani pilihanraya yang ke 13 tak berapa lama lagi.Setelah bergelut dengan berbagai isu sejak pRU 12 sudah pasti pRU 13 menjadi medan yang paling hebat sejak pilihanraya dijalankan dinegara ini.

Apa pun yang saya tulis hanyalah pendapat sahaja kerana hanya itulah sahaja kebolehan semua manusia menggunakan otak yang sebesar kepal tangannya.

Melihat kepada petunjuk-petunjuk awal , kelihatan pada pilihanraya 13 nanti pihak BN akan meluaskan lagi segala keburukan kempen dalam memburukkan pembangkang khususnya Pas. Perlu bagi Pas hendaklah awal-awal lagi menutup pintu terhadap segala tingkahlaku yang membolehkan fitnah ditujukan terhadapnya.

Selamanya menteri-menteri BN telah melancarkan berbagai serangan politik terhadap Pas melalui media atau gerak kerja politik melalui bantuan-bantuan malapetaka. Disamping itu mereka melemparkan fitnah ,cacikeji dan ugutan terhadap gerakkan Pas untuk menjatuhkan keterampilan dan populariti pimpinan parti ini khususnya.

Naib presiden umno ,safie afdal contohnya telah mengeluarkan tuduhan bahawa Pas adalah parti ajaran sesat. Biadap sungguh si safie afdal kerana begitu berani mengeluarkan fatwa sebegitu. Kalaulah dia bercakap dihadapan saya begitu sememangnya singgah penumbuk ke batang hidungnya kerana tuduhannya yang amat kurang ajar yang tidak layak dikeluarkan oleh seorang menteri.

Di Tenang semalam , Johari Khir seorang lagi menteri BN memberi amaran supaya jangan gunakan isu agama dalam kempen pilihanraya dengan alasan sensitiviti keagamaan. Cuba fikir , adakah sekarang ini negara kita sebenarnya negara 'free thinker'. Beliau dulunya orang atasan KAGAT tapi bila terjun kedalam politik beliau menjadi begitu 'secular' dalam melemparkan pandangan. Juga apakah peruntukan yang beliau istiharkan untuk sekolah-sekolah agama di DUN Tenang semasa berkempen semalam bukan rasuah. Begitu banyak masa sebelum ini untuk berkhidmat kepada rakyat sebelum ini tapi kenapa tunggu waktu ini untuk memberi bantuan .

Hahaha ......... hari ini ada pemuka Islam yang sudah tak kenal makna rasuah.

Rasuah , rasuah , rasuah.

Beri rasuah .

Makan rasuah.Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-81355740471189658932011-01-07T17:43:00.000+08:002011-01-07T17:43:30.149+08:00Berbalak-balak dulu buat jalan kemudian.

Menatap tulisan blog Suara Prihatin Umno Jerantut terasa begitu tercuit perasaan kerana terbayang betapa terhimpitnya menjadi orang biasa. Sahabat penulis blog SPU seperti biasa menulis permasaalahan rakyat biasa seperti saya dan dia yang mahu melihat negeri ini ditadbir dengan telus supaya kehidupan menjadi lebih harmoni dan sejahtera.

Kalau saudara SPU mengutarakan kiasan lama ' berjagung-jagung dahulu , berpada-padi kemudian ' maka disini saya rasakan ungkapan tersebut baik kita gantikan dengan ' berbalak-balak dahulu , buat jalan kemudian '. Rasanya kata-kata itu lebeh sesuai pada hari ini walaupun balak-balak yang ada pada hari banyak yang bersaiz kecil.

Biasalah ... dalam dunia yang semakin terhakis ini rakyat bawahan dimana-mana negeri adalah penjaga kepada kedaulatan negeri . Kerana itu kita berasa bagai dihiris pisau bila melihat pihak-pihak tertentu bersengkongkol dengan puak asing merakus segala hasil mahsul negeri . Rakyat bawahan seperti biasa jadi pengemis kepada tokey-tokey balak . tokey-tokey lombong , taukeh judi dsb dengan beragih sama secebis duit premium dari taukeh2 tersebut. Cis .... hinanya jadi melayu hari ini.

Katalah negeri ketuanan melayu yang ada hari ini diserang musuh , siapakah yang akan tinggal mempertahankan negeri. Tidak akan ada puak lain yang membantu , siapa ?

Adakah puak tokey balak atau tokey lombong atau pecacai2nya. Golongan rakyat bawahanlah yang setia menjaga negeri . Cuba lihat dari puak mana konstabel atau prebet datang ? adakah anak menteri, anak adun,anak jutawan balak, anak tokeh kedai ?

Tak lain tak bukan prebet atau konstabel ini kebanyakan ibubapanya adalah penoreh getah atau pekebun sawit atau berbagai lagi.

Kerana itu pemimpin melayu yang masih berkuasa jagalah agama dan rakyat. Jangan sampai rakyat yang setia membabi buta pun tercelik disebabkan tindakan kamu. Nanti susahnya kamu juga kerana kehilangan kuasa dan pangkat . Kami rakyat bawahan tidak kisah siapa berkuasa kerana sesiapa pun berkuasa kami tetap seperti ini.Unknownnoreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-42812581999059273922010-12-08T19:28:00.000+08:002010-12-08T19:28:50.040+08:00Karutkah 'Ketuanan Melayu'?Saya menganggap mereka ini ' golongan bangsawan ' kerajaan Malaysia. Mereka adalah pihak atasan dalam kepimpinan kerajaan Malaysia tak kira dari parti politik atau pun mewarisi kedudukan dari keturunannya. Kedudukan mereka hari ini adalah diperolehi hasil tegaknya ketuanan Melayu di negara ini , tanpa orang Melayu menyokong 'ketuanan Melayu' ini sudah pasti mereka semua sama tarafnya dengan rakyat jelata.

Namun pada hari ini banyak suara yang mempertikaikan 'ketuanan Melayu' kedengaran dan banyak juga suara yang mempertahankannya. Secara umumnya parti Umno mempertahankan 'ketuanan Melayu' dan parti PKR pula mahu 'ketuanan Melayu' dihapuskan sementara parti Pas pula bersetuju dengan kehendak PKR.Lain-lain parti bukan Melayu saya tidak kisahkan.

Persoalannya mengapakan ada pihak bersetuju 'ketuanan Melayu' dihapuskan sedangkan mereka tahu akan berdepan dengan pelbagai tuduhan. Malah kita sudah mendengar berbagai tuduhan telah dicanangkan oleh media perdana terhadap pihak yang tidak bersetuju dengan 'ketuanan Melayu'. Berbagai label telah dicadangkan seperti pengkhianat , penderhaka dan seumpamanya.

Saya percaya perkara ini terjadi kerana penguasa 'ketuanan Melayu' telah dianggap mengkhianati amanah sebagai penguasa. Mari kita lihat semula terhadap beberapa skandal besar yang telah berlaku melibatkan jumlah besar wang negara, kegagalan kerajaan pusat berlaku adil terhadap negeri-negeri yang tidak diperintah oleh BN sedangkan negeri-negeri tersebut majoriti Melayu, kegagalan anggota jentera pemerintah menjalankan tugas seperti mana betapa susahnya rakyat untuk bertemu ahli parlimennya apatah lagi mendengar penderitaan rakyat.

Rakyat pada hari ini pula terpaksa membayar lebih untuk hidup kerana semua harga barang keperluan telah naik ekoran kenaikkan harga petrol. Kerajaan dilihat sebagai gagal mengawal tindakan peniaga yang menaikkan harga barang. Tambah menjengkel lagi agensi-agensi kerajaan seperti TNB ,JBA dsbnya turut menaikkan kadar masing-masing sedangkan perkhidmatan masih ditakuk lama. Masih banyak tempat bekalan air sering terputus lebih-lebih lagi dimusim perayaan.

Bagi sesetengah rakyat yang cenderung terhadap Islam mereka melihat ' ketuanan Melayu' gagal menjalankan amanah Allah untuk melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya malah dilihat menjalankan dasar-dasar sekular dalam pemerintahannya. Jadi pada mereka apa perlunya dipertahankan lagi 'ketuanan Melayu'.

Pada segelintir rakyat lagi mereka melihat 'ketuanan Melayu' adalah lingkaran golongan bangsawan yang tersebut diatas tadi mengekalkan kekuasaannya. Menjadi 'kelompok bangsawan' sememangnya sangat perlu mereka pertahankan kerana disitulah terlonggoknya kemewahan duniawi yang menjadi rebutan putera puterinya. Kepada golongan rakyat biasa fikir-fikirlah kerana semuanya sia-sia bagi kita kecuali Islam.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-47075800513212701242010-12-04T11:49:00.000+08:002010-12-04T11:49:14.206+08:00Tahu tak tahu buat-buat tahuTeringat pada kata-kata bijak bistari , tahu yang dia tahu , tahu yang dia tak tahu , tak tahu dia tahu , tak tahu dia tak tahu , tahu tapi buat-buat tak tahu dan tak tahu tapi buat-buat tahu.

Tahu dia tak tahu tiada masaalah kerana boleh bertanya tapi macammana kalau tak tahu dia tak tahu tapi buat-buat tahu.

Pernah satu ketika tersebar dikhalayak seseorang yang tak tahu tapi cuba buat-buat tahu. Lalu keluarlah kenyataan yang menyimpang maka orang ramai pun tahu yang sebenarnya dia itu tak tahu.

Tapi ada juga seseorang yang tahu tapi buat-buat tak tahu. Cuba kita perhati ramai orang berilmu pada hari ini diam pada kemungkaran dan penyelewengan yang berlaku tanpa bangkit menegakkan kebenaran.

Golongan tahu tapi buat-buat tak tahu adalah mereka yang mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang mereka pikul. Mereka tahu hukum yang dijalankan sesat tapi tetap diteruskan dengan pelbagai alasan.

Contohnya mereka tahu judi dan arak hukumnya haram tapi mereka hanya pejam mata terhadap pengeluaran lesen yang bermakna menghalalkannya.

Isu hebat hari ini adalah persoalan ketuanan Melayu .Namun sebenarnya ramai masih tak tahu bahawa mereka perlu tahu tentang beberapa perkara.

Apakah jenis melayu yang mengisi institusi ketuanan melayu ini? sudah tentu puak melayu PR tidak layak.

Dimanakah bertahtanya ketuanan melayu yang sering disebut-sebut ini? sudah tentu berlegar sekitar pembesar-pembesar umno.

Apakah ketuanan melayu ini benar-benar ujud dari dulu hingga sekarang? sebenarnya langsung tak ujud.Yang ada hanya boneka-boneka yang menjalankan arahan tuannya.

Kalau kita teliti turutan isu ketuanan Melayu kita dapati Ketuanan Melayu yang dibangkitkan adalah berbeza dengan Kesultanan Raja-Raja Melayu. Rakyat Malaysia berbangsa Melayu terlalu kerap dibangkit, diungkit dan digertak oleh golongan ' ketuanan Melayu ' bahawa selama ini semua kenikmatan dan keistemewaan yang dikecap oleh orang melayu adalah hasil perjuangan ' ketuanan Melayu '.

Sekiranya kita merujukkan ' ketuanan Melayu ' kepada kerajaan Malaysia maka nyatalah perjuangan ' ketuanan Melayu ' tidak relevan lagi. Kenapa target penguasaan ekonomi bumiputra begitu rendah berbanding peratusan kaum. Kenapa ' ketuanan Melayu ' begitu mudah menerima pendatang asing sebagai warga negara.Kenapa begitu berleluasanya rasuah yang melibatkan pemimpin parti kerajaan sehingga menggugat kesejahteraan negara. Kenapa ye ?Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-38370657948229560752010-10-28T00:59:00.000+08:002010-10-28T00:59:35.172+08:00harga barang naik lagiPilihanraya kecil DUN Galas diistiharkan hampir serentak dengan kenaikkan beberapa harga barangan keperluan harian. Sesiapa yang rajin meneliti senarai harga semasa membeli barang sudah tentu mendapati banyak harga barangan runcit naik. Mengapakah harga naik sedangkan kita tidak mendengar pun berita kenaikkan harga barang di television. Seolah-olah negara kita dilanda inflasi yang mengakibatkan kenaikkan harga barangan.

Kepada orang kampung yang bekerja menoreh getah atau buruh , apa yang mereka dapat dari belanjawan baru-baru ini. Cuba kita fikirkan berapa pendapatan mereka sehari berbanding belanja sara hidup mereka dalam era Malaysia menuju ke negara maju pada hari ini. Pada hari ini rata-rata pendapatan harian golongan ini hanya RM100 sehari tapi berapa hari dalam sebulan mereka boleh menoreh. Sedangkan kos sara hidup harian mereka memerlukan sekitar RM60 sehari tanpa dikira duit asrama anak ,pelbagai yuran bulanan di sekolah dan lain-lain keperluan semasa.

Selalu saya terfikir apakah faedahnya dari belanjawan negara kepada golongan ini jika harga barang keperluan sentiasa naik.Kadang naik meluat juga melihat muka pemimpin negara bercakap mengenai kemakmuran negara tapi realitinya untuk menikmati kemakmuran itu amat mahal harganya, mungkin kita terpaksa menggadai maruah sendiri. Tentu rakyat bawahan tidak berpeluang seperti mana wakil-wakil rakyat atau menteri-menteri berpeluang menggadai maruah untuk memperkayakan diri sendiri serta kaum kerabatnya.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-69786763920151056082010-10-12T14:22:00.001+08:002010-10-12T14:31:10.063+08:00selagi Umno bernyawa ..Sudah semua orang tahu nyawa Umno dah tinggal di hujung tanduk. Tak lama lagi selepas PRU 13 nanti Umno dan BN akan tutup buku. Hanya tinggal nostalgia segala kepimpinan Umno kepada orang Melayu dan Malaysia selama ini. Hari ini pun media Umno banyak menayang semula jasa-jasa mereka masa lalu kepada rakyat semua seolah-olah dapat merasakan penggal pemerintahan mereka melalui detik-detik penghujungnya.

Dala suasana begini ramai yang merasa hairan kerana masih banyak jentera BN/Umno masih tidak berubah tabiat lamanya. Siapakah jentera (tayar) BN/Umno dalam kerajaan tadbiran BN? Adakah jentera BN/UMNO ini tidak sedar bahawa mereka jentera penting ? Bukankah Tok4/ Pengerusi JKKK dan ahli JKKK adalah jentera BN/umno yang paling hampir dengan rakyat jelata. Tapi adakah mereka ini telah memainkan peranan secara berkesan untuk menyelamatkan Umno/BN.

Namun dalam suasana duit menguasai segala-gala pada hari ini , berbaloikah golongan ini berkerja keras untuk menaikkan semula imej Umno/BN sedangkan berapa sangatlah habuan kepada mereka. Apakah penghargaan yang diberikan oleh BN/Umno kepada golongan ini selama ini. Mereka ini hanyalah penoreh getah, petani atau pesara pangkat rendah yang rata-rata nampak miskin berbanding dengan puak atasan Umno yang sekali-sekala berkunjung ke kampung-kampung.

Dengan keadaan kedaifan anggota JKKK sebegitu bila dibandingkan dengan AJK Umno bahagian maka apakah yang dapat mereka sumbangkan kearah menyelamatkan Umno. Lalu tentu kita terfikir apakah golongan ini (JKKK) perlu diberi elaun bulanan yang setimpal supaya mereka nampak mewah atau sesetengah AJK UMNO bahagian jangan menampakkan sangat kemewahan mereka.Tapi bagaimana nak sorok kerana harta dah bertimbun-timbun. Tentunya harta itu persediaan bila Umno dah hilang kuasa nanti .Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-87078059569045349152010-10-04T22:38:00.002+08:002010-10-04T22:53:33.546+08:00PRU 13 : Calun PR DUN Damak ?Walaupun pilihanraya masih jauh lagi , desas desus siapa bakal calun yang akan dicalunkan oleh setiap parti sudah mula menjadi bincangan ramai . Khabar angin terbaru yang kawan dengar dari seorang teman tentang PRU 13 nanti . Ceritanya mengenai DUN Damak ada kemungkinan akan diserahkan kepada calun Pas untuk bertanding. Kalau sebelum ini calun PKR telah dua kali bertanding tapi kalah maka peluang calun Pas adalah lebih cerah kerana sebelum ini ramai pengundi melayu mengeluh kecewa kerana Pas tidak meletakkan calun di DUN Damak.

Untuk musim kali ini PKR mungkin dah tak sanggup lagi meletakkan calunnya di DUN Damak kerana mananya ada ramai ahli PKR di DUN Damak. Mana sanggupnya calun PKR berkerja kalau jentera pilihanraya PKR Damak cuma 18,19 orang sahaja sedangkan jentera kempen MCA sangat mantap dan ramai. Sebab itu patut sangatlah PKR serahkan kerusi calun DUN ini kepada kawan lain .

Jika semua andaian ini terjadi , DUN Damak akan menyaksikan pertembungan antara Pas (PR) dan MCA (BN). Ini sudah tentulah satu pertandingan yang sengit kerana kedua-dua parti mempunyai akar umbi yang kuat dan seimbang. Peluang untuk PR memenangi DUN Damak menerusi Pas memang cerah dan PKR Pahang harus berlapang dada dengan menyerahkan kerusi DUN Damak supaya ditandingi oleh Pas.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-1372433762767191082010-09-25T15:16:00.000+08:002010-09-25T15:16:26.759+08:00Bolehkah Pas menang?Menurut jangkaan PRU 13 akan diadakan pada tahun 2013 yaitu tamat tempuh penggal ke12. Mengikut pendapat seorang sahabat saya yang agak tebal ke' Pas' an , beliau mengeluarkan pandangan kepada saya bahawa PRU ke13 pada tahun 13 adalah detik kehancuran kepada sebuah pelembagaan kufur sebagaimana rukun 13s solat yang menandakan lenyapnya kekufuran seseorang bila dilaksanakan.

Namun begitu saya terus juga berfikir , boleh ke Pas menang PRU 13 nanti dengan hanya membuat sifir mudah begitu. Adakah Pas sudah membuat persediaan menggerakkan jentera pilihanrayanya dengan kursus-kursus terkini dan sokongan logistik yang mencukupi. Sudahkah Pas Kawasan membuat penilaian terhadap prestasi setiap cawangan samaada cawangan yang sedia ada berfungsi atau tidak.

Umno memang sedang bercakaran masa sekarang tapi seperti biasa apabila tiba masa pilihanraya mereka akan bersama-sama mengerjakan Pas. Oleh itu Pas janganlah merasa selesa dengan hanya menumpukan kepada program dalaman di markas-markas sahaja. Cubalah AJK Pas Kawasan kerapkan menjengah tempat-tempat yang tiada cawangan atau cawangannya dah mati dan banyakkan program yang turun ke masyarakat .

Ketua Pemuda atau AJK Pemuda pula mesti menggandakan usaha menjadi penggerak kepada kegiatan Pas kerana sekarang dapat dilihat tidak banyak program Pemuda yang melibatkan anak-anak muda di serata gelanggang. Teruskan usaha mengunjungi kemana-mana gelanggang yang ada. Ada gelanggang takraw , badminton , tomoi , silat dan banyak lagi.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-59137524599765311222010-09-07T07:49:00.000+08:002010-09-07T07:49:32.316+08:00Umno Dengki.Kenapa?Baru sebentar tadi saya membaca blog seorang sahabat yang menceritakan tentang kawan lama masa sekolah yang bersikap anti-girl merasa rugi kawin lambat.Agak seronok juga sketsa yang ditulisnya serta pautan ceritanya. Maka tiba-tiba saya teringat pula satu kisah yang terjadi pada seorang sahabat saya juga sewaktu melalui zaman remaja.Ada eloknya saya kisahkan semula dengan beberapa pindaan untuk menjadikan ceritanya sedap sedikit.

Alkisahnya kami ini sama sebaya ,rumah dekat-dekat je cuma berlainan sekolah menengah tapi bila cuti sekolah tiadalah geng lainnya kami bercampur melainkan 4,5 orang tu jelah. Kami bermain ,menyetek burung, memanah ikan atau berbasikal unta sentiasa bersama. Bila lepas SPM, saya sambung belajar dan dia menolong ayah dia berniaga. Baru je tiga bulan tiba-tiba dia dah hantar permohonan kawin pada ayahnya. Mula-mula ayahnya buat tak layan tapi dia mula mendesak kerana pihak perempuan begitu pandai memujuknya.

Akhirnya dia pun berkahwinlah dalam usia remaja padahal waktu itu saya baru je berhijrah ke KL untuk teruskan belajar. Maka amatlah seronoknya dia dapat kawin dan merasa kenikmatannya sedangkan kami yang sebaya dengannya masih tergaru-garu kepala mendengar dia bercerita.Maklumlah masa tu tahun awal 80'an bukan 2010'an. Maklumat tentang hubungan kelamin ni sangat sulit , cuma masa skodeng je barulah dapat tengok orang lelaki-pompuan bergomol. Itu pun kena tunggu pakcik-pakcik askar cuti balik kampung sebab gerenti sukses skodeng malamnya.

Tahun 1988 giliran saya pula bertemu jodoh semasa berumur 27 tahun kawan saya tu dah ada 5 anak.Isterinya sama baya je dengan isteri saya tapi nampak hampir sebaya dengan mak mentua saya. Maklumlah dah anak lima sedangkan usianya baru 22 tahun ,dah lonyer kata orang kampung.

Pada tahun 2000 dulu kawan saya ni mula buat hal, ashik je dengan makwenya sampai pernah ditangkap berdua ditempat tertutup.Kemudiannya pernah juga nampak berkepit siang malam dengan awek lain ( baru ) semasa menguruskan projeknya. Cerita gaduh dengan isterinya tu dah tak kisahlah tambah pula anaknya dah 10. Akhir sekali tahun 2008 dengar cerita barulah dapat kawin satu lagi .

Saya terfikir beginilah juga kisahnya dengan matUMNO, dalam usia teramat muda dah merasa tidur bersama sekatil dengan awMCA dan minMIC. Semasa akhPAS tergontel-gontel tidur sorang , matUMNO dah puas bergolek,hempas,jilat sanasini , cucuk atasbawah dan akhirnya bila dah lama sangat bersama nak pandang pasangan pun mula naik menyampah. Yelah , kejap tindih awMCA kemudian minMIC pulak mintak. Kering sudahnya takungair matUMNO. Sementelah pula matUMNO dah mula hilang 'power' cepat letih dan kadang-kadang mesti telan 'viaggra' baru mampu bangun , itu pun kejap je . Tu tak kira 'sparepart' simpanan lain yang sering mahu juga diinjek. Dah 50 tidur sekatil ni mulalah matUMNO naik jemu tambah pula penyakit pula dah macam-macam ada HIV, kroni, rasuah dsbnya.

Maka dalam suasana rumahtangga matUMNO berantakkan serta penyakit yang makin bersarang , akhPAS pula melangsungkan perkahwinan dengan 2 jodohnya , dua-dua jodohnya kacukan pulak cantik masih ramping sihat lawa dan popular. Sudah tentu matUMNO jadi dengki sebab dia dan pasangan-pasangannya sudah kerepot dek kerana masing-masing terlalu lama bergomol bergumpal sehingga kering air sendi, pucat kurang darah sedangkan akhPAS baru lagi dengan pasangan-pasangannya , tengah harmoni dan kalau gaduh pun semalam dua bebaik semula. Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-36917060655062153422010-09-05T22:03:00.000+08:002010-09-05T22:03:34.462+08:00Perkauman UmnoUmno sememangnya ingin menjadi juara selamanya bagi bangsa Melayu namun setiap tindak langkahnya semakin terarah kepada perkauman umno. Malah strategi perkauman umno inilah telah dipergunakan untuk membuat undi melayu kekal ketangan BN walaupun calun BN bukan melayu.

Apabila DAP menguasai P.Pinang barulah mereka sedar betapa terseksanya apabila hilang kuasa. Maka selalulah orang umno p.pinang yang berwajah bukan melayu mengadakan bantahan didepan media mengatakan orang melayu ditindas dan dipinggirkan oleh kerajaan p.pinang.

Semangat Melayu orang umno memang aneh , ketika berdepan penyokong Pas atau PKR semangat keMelayuan orang umno mendadak naik tapi bila berdepan pula dengan golongan tokey kaya , semangat melayunya habis terkentut. Sebab itulah banyak kawasan contohnya di Jerantut telah terjual dan jatuh ketangan taukeh Cina melalui urusniaga yang dijalankan oleh pemimpin umno.Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-89928722163941843712010-09-01T06:53:00.000+08:002010-09-01T06:53:01.420+08:00Catatan ini adalah sambungan kepada entri sebelumnya.

Antara calun-calun Ahli Parlimen Jerantut 2013

Telah sampai maklumat bahawa ramai juga penyokong Dato' Azizan Yaakob bersetuju kalau dia dicalunkan sebagai ahli Parlimen Jerantut. Tiada cacat celanya Dato' ini sekiranya BN meletakkannya bertanding bagi menentang calun dari Pas iaitu Dr Hamzah tapi sebelum itu mestilah laluannya dalam BN tidak disekat. Oleh itu saya tambah lagi sorang calun pengganti YM Tengku Azlan Ahli Parlimen Jerantut iaitu Dato' yang gambar kat atas ni...Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-83648717403181057082010-08-30T14:30:00.001+08:002010-08-30T14:31:56.443+08:00Ini dia penganti Tengku Azlan

atau

Unknownnoreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-84360806087297206592010-08-24T11:47:00.000+08:002010-08-24T11:47:05.528+08:00diratah pada malam merdekaSambutan Hari kemerdekaan datang lagi ....

Ayuh , anak Malaysia seluruhnya, marilah kita

bangkit dengan semangat yang tinggi .

Kita laungkan kata keramat ... Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! ,

biar kelihatan kita ini berjiwa merdeka,

sehingga merah saga biji mata kita.

Mari kita kibarkan bendera dibelakang bontot moto

kita bentangkan juga dibonet kereta kita

sehingga nampak sangat cinta kita kepada negara.

Ketika hampir hari kemerdekaan ...

orang ramai ditanya pula oleh para wartawan ,

apakah maksudnya merdeka.

Seorang lelaki india mendifinasikan ,

merdeka adalah bebas memerintah sendiri.

sorang lelaki tionghua juga menjelaskan ,

merdeka adalah kita bebas memerintah negara sendiri.

Lalu ditanya pula kepada seorang lelaki bersongkok hitam

...pun begitu juga jawapannya.

Pada malam sambutan kemerdekaan

pasti seperti biasanya tahun-tahun yang lalu.

Tiada sebarang pengisian bermakna erti merdeka.

Hanya pentas hiburan dan konsert nyanyian .

Maka bertukar dingin dan bekulah jiwa yang benar-benar merdeka.

Kerana mengharap pengisian bermakna pada malam yang bertuah

Nasib baik telah dibeli beberapa ekor ayam panggang

untuk diratah pada malam merdeka. Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-24204630962051969602010-08-06T13:21:00.000+08:002010-08-06T13:21:19.978+08:00Pelampung Talian Hayat UmnoHari ini ......... seorang kawan lama juga seorang otai parti pembangkang yang seusia separuh abad bercerita .....orang umno kini sedang sibuk menyediakan pelampung untuk talian hayat. Ehh ... macam siaran Jangan Lupa Lirik Astro pulak, ya .. cuba lihat sekarang orang umno macam tengah karam dalam air tohor. Tak mati lemas pun tapi sibuk cari pelampung .. takut basah tembakau kot ! hehe.........Pelampung yang Perkasa contohnya . pelampung lain tu ada juga tapi kecil je.

Maka sibuklah kaki-kaki umno mendaftar nama masuk Perkasa. Dibuat berbagai cara untuk mengumpul orang dan mendaftar Perkasa. Itu tak kesahlah tapi apa yang lucunya ramai budak-budak silat macam tertipu bila PESAKA dan PERKASA jadi macam sesumpah. .. . . Kejap ... kata program PESAKA jadi bebudak ni macam nak rak berlatih untuk buat demo ..... Kejap ... tiba-tiba jadi program PERKASA... macam mana hah !

Dahlah weh! ............ jadilah , jangan pijak orang lain bila kita nak naik , jangan jadi Sapi ambik susu Lembu buat minyok nama Sapi. Dah tu ... jangan jadi kadok . Dulu masa bebudak PESAKA nak bertanding ke Kuantan ... hehehe .. kesian kesian. Nasib baik ada 'abangwan'. Terima kasih yek.Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-86754340908021732052010-07-17T12:33:00.000+08:002010-07-17T12:33:27.996+08:00Ludah Berhelah ..... sebuah puisi sengetAndai aku menteri keuangan

ingin segera aku turunkan defisit belanja

maka aku ungkit segala subsidi kepada rakyat ... kununnya.

biar rakyat sedar selama ini mereka senang atas ihsan belaka .

Andai aku menteri keuangan .

bila aku ingin kurangi defisit

maka aku naikkan harga makanan dan bahanapi

kerana itu sahaja idea yang aku ada....

Andai aku menteri keuangan ...

akan aku jaga kepentingan segolonganku

takkan ku kurangkan elaun kamu walau sesen

walaupun income bulanan kamu puluhan ribu

hatta 4 bini 4 banglo 4 keretemewah mampu ditanggung

Andai aku menteri keuangan ....

aku tak segan menaikkan hanga barang

kerna hanya rakyat bawahan yang terasa keperitannya

puak yang tak pernah bersentuh bahu denganku

Andai aku menteri kewangan ...

aku tak segan menaikkan harga barang

kerana juak-juak dan pecacai celaka

takkan berhenti berdendang memuji ku .Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-43940223066841229322010-07-06T20:27:00.001+08:002010-07-06T20:28:55.476+08:00Sesumpah UMNODalam kancah politik UMNO masa kini sebutlah sahaja apa, sesumpah, pelacur, hanturaya,polong sikit pun tidak menimbulkan kesan kepada ahlinya. Pertama adalah gelaran tersebut dilontar secara umum untuk menghangatkan suasana perhimpunan. Contohnya dalam perhimpunan UMNO Jerantut baru-baru ini , apabila DS Najib menyebut kataan SESUMPAH maka ramailah ahli umno , pengamal media dan rakyat jelata membuat tafsiran bahawa sesumpah itu adalah DS Anwar. Maka hebohlah berhari-hari di ceritakan betapa sikap DS Anwar yang berbelit-belit, talam dua muka,lidah bercabang dan terkininya sesumpah.

Kalau kita buat sedikit renungan tentu kita tahu DS Najib memberi amaran kepada ahli umno jangan jadi sesumpah dalam PRU nanti, maksudnya jangan pengkhianat parti , jangan berkerja untuk PR. Begitu ramai ahli UMNO menjadi sesumpah sehingga DS Najib yang amat sibuk dengan tugas negara terpaksa membuat teguran.

Namun ahli UMNO peringkat cawangan sibuk mengaitkan gelaran SESUMPAH dengan DS Anwar. Apa untungnya kepada UMNO kalau semua orang tahu seandainya DS Najib kata DS Anwar SESUMPAH sedangkan beribu SESUMPAH berada dalam umno yang makin hari makin membenamkan UMNO . SESUMPAH ini merebut setiap jawatan yang ada seperti ketua Kg, ahli JKKK, AJK Masjid JK persatuan Belia , NGO dan dalam umno sendiri. SESUMPAH ini mengaku sanggup memikul amanah jawatan tetapi setelah mendapat jawatan mereka mengabaikan tanggungjawab. Oleh kerana mereka turun sebagai individu UMNO maka apabila mereka mengabaikan amanah yang diberi maka UMNOlah yang mendapat padahnya.Unknownnoreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-3255994946134864373.post-56080816042918508892010-05-19T01:27:00.000+08:002010-05-19T01:27:46.744+08:00MELAYU RELA KALAH JIKA .....'Orang Melayu akan lebih maju jika umno kalah dalam pilihanraya'. Ayat ini saya ajukan semasa berbual kosong di kedai kopi. Kebetulan pula rakan sembang masa itu KC umno dan tiga empat orang lagi tak berjawatan pun. Huh! apa lagi , KC pun tepuk mejalah. Umno takkan kalah dan tak boleh kalah. Jika umno kalah bangsa melayu habis katanya. Kalau umno kalah Malaysia akan huruhara tambahnya lagi. Maklumlah umno selama ini dah terlalu banyak berjasa dan seolah-olah saya lupa segala jasa dan pengorbanan umno membangunkan orang melayu selama ini.

Tujuan saya ceritakan peristiwa diatas adalah hendak mengambarkan betapa taksubnya ahli umno terhadap umno. Bagi mereka tanpa umno hilanglah melayu sedangkan merekalah yang sering melaungkan kata keramat ' tak melayu hilang di dunia'. Ketaksuban membuatkan mereka hilang semangat juang, yang ada hanyalah semangat untuk menang.

Dalam politik, puncak semangat juang adalah rela kalah , kalau kita tidak ada kesanggupan ini maknanya aras perjuangan kita masih rendah dan inilah aras kebanyakan ahli umno hari ini . Mereka seperti tidak membuat persedian minda untuk menerima slogan rela berjuang dan rela kalah. Ini menyebabkan ramai ahli umno gagal dalam mengawal emosi bila menjawap hujah orang bukan umno.

Saya sangat tak mahu bangsa melayu hilang kuasanya di tanah air ini. Begitu pun hati kecil berkata akhirnya saya terpaksa akur dan rela kita hilang kuasa dalam politik seandainya kuasa politik orang melayu gagal membela maruah dan martabat melayu. Buat apa kita julang pemimpin melayu yang tak pedulikan nasib , maruah dan martabat orang Melayu.Unknownnoreply@blogger.com2