PRU 13 yang kian hampir .... ketika ini seluruh jentera BN pusat sedang bertungkuslumus memerah otak demi mencari idea untuk memastikan BN menang cemerlang di Pahang. Tentunya negeri PM ini menjanjikan habuan lumayan sekiranya impian ini berhasil , dapatlah Tok Najib menepuk dada.
Disatu pihak lain iaitu PR ... jentera pilihanraya PR yang dipayungi oleh Pas masih lagi diulit mimpi dengan dibuai oleh isu-isu , mereka dihadapkan dengan pelbagai isu dan fitnah yang direkacipta oleh sang pemikir BN.Maka seperti biasa mereka mengharapkan kebangkitan rakyat pada hari-hari akhir mengundi untuk membantu mereka menumbangkan BN.
Hanya kebangkitan menyeluruh rakyat Pahang yang mampu mengalahkan pemerintahan BN dan tiada siapa manusia yang mampu menghalangnya. Cuma yang teramat penting Pas Pusat mesti membentuk barisan kepimpinan Pas Pahang yang diterima dengan gembira oleh rakyat Pahang dan bukan oleh segelintir ahli Pas.Jangan kerana kemaruk untuk berkuasa pilihanraya 13 nanti kita kempunan lagi.
anak DARUL MAKMUR
disini aku berjuang.. di tanah yang dipusakai dari Maha Pencipta untuk kita bangunkan sebuah negara yang menjadi tiang untuk mendirikan Daulah yang akan membebaskan manusia dari menjadi hamba kepada manusia.
Khamis, 7 April 2011
Isnin, 21 Februari 2011
Isu Melayu mainan siapa.
Setelah negara merdeka lebih 50 tahun lalu, kehendak orang Melayu terhadap perubahan sistem-sistem pentadbiran kepada sistem Islam semakin ketara. Kehendak ini yang disalurkan melalui perjuangan PAS sejak mula merdeka lagi telah semakin mendapat sokongan rakyat walaupun berbagai halangan diujudkan oleh BN. Memang matlamat PAS yang mahu Islam menjadi landasan sistem kenegaraan semakin diterima oleh rakyat khususnya orang Melayu sehingga membimbangkan UMNO yang menjadi teras kepada kerajaan BN.
Melihat kepada minda orang Melayu yang semakin maju dalam menerima Islam secara total maka musuh-musuh Islam di Malaysia mula gusar. Lantaran dari situasi ini maka beberapa isu ditimbulkan . Selain dari cubaan merendah-rendahkan Islam secara langsung , isu Melayu juga dimainkan memandangkan majoriti Melayu adalah Islam. Sebagai kaum majoriti kelemahan dan kecelaruan Melayu tentunya mengencatkan perkembangan perjuangan Islam di Malaysia.
Kita perlu sedar isu Melayu sepatutnya tidak perlu diungkitkan lagi kerana telah diselesaikan sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Apa yang perlu orang Melayu perjuangkan pada abad ini adalah penambah baik terhadap sistem-sistem kenegaraan. Mana-mana sistem yang masih bersandar kepada sistem barat harus melalui tranfomasi kepada sistem dari Islam. Inilah sepatutnya isu yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang Melayu tanpa kira fahaman politik dan bukannya kembali mundur dengan berjuang dalam isu-isu lama.
Apabila sistem-sistem negara yang ada berlandaskan Islam maka tentunya keadilan akan wujud dan hak semua bangsa terjamin. Semua perjuangan atas nama bangsa patut ditinggalkan segera dan penumpuan orang Melayu mesti dalam satu arah iaitu tranfomasi kepada Islam secara keseluruhan . Inilah yang ditakuti oleh musus-musuh Islam dan orang Melayu ( pejuang ) jangan sekali-kali menjadi mata rantai kepada perjuangan musuh-musuh Islam . Musuh-musuh Melayu bertepuk tangan kerana mereka tahu Melayu tidak akan maju dan kuat dengan Ketuanan Melayu sebaliknya Melayu akan menjadi perkasa jika mendaulahkan Islam.

Isnin, 24 Januari 2011
Tenang seminggu saja
Malaysia akan menjalani pilihanraya yang ke 13 tak berapa lama lagi.Setelah bergelut dengan berbagai isu sejak pRU 12 sudah pasti pRU 13 menjadi medan yang paling hebat sejak pilihanraya dijalankan dinegara ini.
Apa pun yang saya tulis hanyalah pendapat sahaja kerana hanya itulah sahaja kebolehan semua manusia menggunakan otak yang sebesar kepal tangannya.
Melihat kepada petunjuk-petunjuk awal , kelihatan pada pilihanraya 13 nanti pihak BN akan meluaskan lagi segala keburukan kempen dalam memburukkan pembangkang khususnya Pas. Perlu bagi Pas hendaklah awal-awal lagi menutup pintu terhadap segala tingkahlaku yang membolehkan fitnah ditujukan terhadapnya.
Selamanya menteri-menteri BN telah melancarkan berbagai serangan politik terhadap Pas melalui media atau gerak kerja politik melalui bantuan-bantuan malapetaka. Disamping itu mereka melemparkan fitnah ,cacikeji dan ugutan terhadap gerakkan Pas untuk menjatuhkan keterampilan dan populariti pimpinan parti ini khususnya.
Naib presiden umno ,safie afdal contohnya telah mengeluarkan tuduhan bahawa Pas adalah parti ajaran sesat. Biadap sungguh si safie afdal kerana begitu berani mengeluarkan fatwa sebegitu. Kalaulah dia bercakap dihadapan saya begitu sememangnya singgah penumbuk ke batang hidungnya kerana tuduhannya yang amat kurang ajar yang tidak layak dikeluarkan oleh seorang menteri.
Di Tenang semalam , Johari Khir seorang lagi menteri BN memberi amaran supaya jangan gunakan isu agama dalam kempen pilihanraya dengan alasan sensitiviti keagamaan. Cuba fikir , adakah sekarang ini negara kita sebenarnya negara 'free thinker'. Beliau dulunya orang atasan KAGAT tapi bila terjun kedalam politik beliau menjadi begitu 'secular' dalam melemparkan pandangan. Juga apakah peruntukan yang beliau istiharkan untuk sekolah-sekolah agama di DUN Tenang semasa berkempen semalam bukan rasuah. Begitu banyak masa sebelum ini untuk berkhidmat kepada rakyat sebelum ini tapi kenapa tunggu waktu ini untuk memberi bantuan .
Hahaha ......... hari ini ada pemuka Islam yang sudah tak kenal makna rasuah.
Rasuah , rasuah , rasuah.
Beri rasuah .
Makan rasuah.

Jumaat, 7 Januari 2011
Berbalak-balak dulu buat jalan kemudian.
Menatap tulisan blog Suara Prihatin Umno Jerantut terasa begitu tercuit perasaan kerana terbayang betapa terhimpitnya menjadi orang biasa. Sahabat penulis blog SPU seperti biasa menulis permasaalahan rakyat biasa seperti saya dan dia yang mahu melihat negeri ini ditadbir dengan telus supaya kehidupan menjadi lebih harmoni dan sejahtera.
Kalau saudara SPU mengutarakan kiasan lama ' berjagung-jagung dahulu , berpada-padi kemudian ' maka disini saya rasakan ungkapan tersebut baik kita gantikan dengan ' berbalak-balak dahulu , buat jalan kemudian '. Rasanya kata-kata itu lebeh sesuai pada hari ini walaupun balak-balak yang ada pada hari banyak yang bersaiz kecil.
Biasalah ... dalam dunia yang semakin terhakis ini rakyat bawahan dimana-mana negeri adalah penjaga kepada kedaulatan negeri . Kerana itu kita berasa bagai dihiris pisau bila melihat pihak-pihak tertentu bersengkongkol dengan puak asing merakus segala hasil mahsul negeri . Rakyat bawahan seperti biasa jadi pengemis kepada tokey-tokey balak . tokey-tokey lombong , taukeh judi dsb dengan beragih sama secebis duit premium dari taukeh2 tersebut. Cis .... hinanya jadi melayu hari ini.
Katalah negeri ketuanan melayu yang ada hari ini diserang musuh , siapakah yang akan tinggal mempertahankan negeri. Tidak akan ada puak lain yang membantu , siapa ?
Adakah puak tokey balak atau tokey lombong atau pecacai2nya. Golongan rakyat bawahanlah yang setia menjaga negeri . Cuba lihat dari puak mana konstabel atau prebet datang ? adakah anak menteri, anak adun,anak jutawan balak, anak tokeh kedai ?
Tak lain tak bukan prebet atau konstabel ini kebanyakan ibubapanya adalah penoreh getah atau pekebun sawit atau berbagai lagi.
Kerana itu pemimpin melayu yang masih berkuasa jagalah agama dan rakyat. Jangan sampai rakyat yang setia membabi buta pun tercelik disebabkan tindakan kamu. Nanti susahnya kamu juga kerana kehilangan kuasa dan pangkat . Kami rakyat bawahan tidak kisah siapa berkuasa kerana sesiapa pun berkuasa kami tetap seperti ini.
Rabu, 8 Disember 2010
Karutkah 'Ketuanan Melayu'?
Saya menganggap mereka ini ' golongan bangsawan ' kerajaan Malaysia. Mereka adalah pihak atasan dalam kepimpinan kerajaan Malaysia tak kira dari parti politik atau pun mewarisi kedudukan dari keturunannya. Kedudukan mereka hari ini adalah diperolehi hasil tegaknya ketuanan Melayu di negara ini , tanpa orang Melayu menyokong 'ketuanan Melayu' ini sudah pasti mereka semua sama tarafnya dengan rakyat jelata.
Namun pada hari ini banyak suara yang mempertikaikan 'ketuanan Melayu' kedengaran dan banyak juga suara yang mempertahankannya. Secara umumnya parti Umno mempertahankan 'ketuanan Melayu' dan parti PKR pula mahu 'ketuanan Melayu' dihapuskan sementara parti Pas pula bersetuju dengan kehendak PKR.Lain-lain parti bukan Melayu saya tidak kisahkan.
Persoalannya mengapakan ada pihak bersetuju 'ketuanan Melayu' dihapuskan sedangkan mereka tahu akan berdepan dengan pelbagai tuduhan. Malah kita sudah mendengar berbagai tuduhan telah dicanangkan oleh media perdana terhadap pihak yang tidak bersetuju dengan 'ketuanan Melayu'. Berbagai label telah dicadangkan seperti pengkhianat , penderhaka dan seumpamanya.
Saya percaya perkara ini terjadi kerana penguasa 'ketuanan Melayu' telah dianggap mengkhianati amanah sebagai penguasa. Mari kita lihat semula terhadap beberapa skandal besar yang telah berlaku melibatkan jumlah besar wang negara, kegagalan kerajaan pusat berlaku adil terhadap negeri-negeri yang tidak diperintah oleh BN sedangkan negeri-negeri tersebut majoriti Melayu, kegagalan anggota jentera pemerintah menjalankan tugas seperti mana betapa susahnya rakyat untuk bertemu ahli parlimennya apatah lagi mendengar penderitaan rakyat.
Rakyat pada hari ini pula terpaksa membayar lebih untuk hidup kerana semua harga barang keperluan telah naik ekoran kenaikkan harga petrol. Kerajaan dilihat sebagai gagal mengawal tindakan peniaga yang menaikkan harga barang. Tambah menjengkel lagi agensi-agensi kerajaan seperti TNB ,JBA dsbnya turut menaikkan kadar masing-masing sedangkan perkhidmatan masih ditakuk lama. Masih banyak tempat bekalan air sering terputus lebih-lebih lagi dimusim perayaan.
Bagi sesetengah rakyat yang cenderung terhadap Islam mereka melihat ' ketuanan Melayu' gagal menjalankan amanah Allah untuk melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya malah dilihat menjalankan dasar-dasar sekular dalam pemerintahannya. Jadi pada mereka apa perlunya dipertahankan lagi 'ketuanan Melayu'.
Pada segelintir rakyat lagi mereka melihat 'ketuanan Melayu' adalah lingkaran golongan bangsawan yang tersebut diatas tadi mengekalkan kekuasaannya. Menjadi 'kelompok bangsawan' sememangnya sangat perlu mereka pertahankan kerana disitulah terlonggoknya kemewahan duniawi yang menjadi rebutan putera puterinya. Kepada golongan rakyat biasa fikir-fikirlah kerana semuanya sia-sia bagi kita kecuali Islam.

Sabtu, 4 Disember 2010
Tahu tak tahu buat-buat tahu
Teringat pada kata-kata bijak bistari , tahu yang dia tahu , tahu yang dia tak tahu , tak tahu dia tahu , tak tahu dia tak tahu , tahu tapi buat-buat tak tahu dan tak tahu tapi buat-buat tahu.
Tahu dia tak tahu tiada masaalah kerana boleh bertanya tapi macammana kalau tak tahu dia tak tahu tapi buat-buat tahu.
Pernah satu ketika tersebar dikhalayak seseorang yang tak tahu tapi cuba buat-buat tahu. Lalu keluarlah kenyataan yang menyimpang maka orang ramai pun tahu yang sebenarnya dia itu tak tahu.
Tapi ada juga seseorang yang tahu tapi buat-buat tak tahu. Cuba kita perhati ramai orang berilmu pada hari ini diam pada kemungkaran dan penyelewengan yang berlaku tanpa bangkit menegakkan kebenaran.
Golongan tahu tapi buat-buat tak tahu adalah mereka yang mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang mereka pikul. Mereka tahu hukum yang dijalankan sesat tapi tetap diteruskan dengan pelbagai alasan.
Contohnya mereka tahu judi dan arak hukumnya haram tapi mereka hanya pejam mata terhadap pengeluaran lesen yang bermakna menghalalkannya.
Isu hebat hari ini adalah persoalan ketuanan Melayu .Namun sebenarnya ramai masih tak tahu bahawa mereka perlu tahu tentang beberapa perkara.
Apakah jenis melayu yang mengisi institusi ketuanan melayu ini? sudah tentu puak melayu PR tidak layak.
Dimanakah bertahtanya ketuanan melayu yang sering disebut-sebut ini? sudah tentu berlegar sekitar pembesar-pembesar umno.
Apakah ketuanan melayu ini benar-benar ujud dari dulu hingga sekarang? sebenarnya langsung tak ujud.Yang ada hanya boneka-boneka yang menjalankan arahan tuannya.
Kalau kita teliti turutan isu ketuanan Melayu kita dapati Ketuanan Melayu yang dibangkitkan adalah berbeza dengan Kesultanan Raja-Raja Melayu. Rakyat Malaysia berbangsa Melayu terlalu kerap dibangkit, diungkit dan digertak oleh golongan ' ketuanan Melayu ' bahawa selama ini semua kenikmatan dan keistemewaan yang dikecap oleh orang melayu adalah hasil perjuangan ' ketuanan Melayu '.
Sekiranya kita merujukkan ' ketuanan Melayu ' kepada kerajaan Malaysia maka nyatalah perjuangan ' ketuanan Melayu ' tidak relevan lagi. Kenapa target penguasaan ekonomi bumiputra begitu rendah berbanding peratusan kaum. Kenapa ' ketuanan Melayu ' begitu mudah menerima pendatang asing sebagai warga negara.Kenapa begitu berleluasanya rasuah yang melibatkan pemimpin parti kerajaan sehingga menggugat kesejahteraan negara. Kenapa ye ?

Khamis, 28 Oktober 2010
harga barang naik lagi
Pilihanraya kecil DUN Galas diistiharkan hampir serentak dengan kenaikkan beberapa harga barangan keperluan harian. Sesiapa yang rajin meneliti senarai harga semasa membeli barang sudah tentu mendapati banyak harga barangan runcit naik. Mengapakah harga naik sedangkan kita tidak mendengar pun berita kenaikkan harga barang di television. Seolah-olah negara kita dilanda inflasi yang mengakibatkan kenaikkan harga barangan.
Kepada orang kampung yang bekerja menoreh getah atau buruh , apa yang mereka dapat dari belanjawan baru-baru ini. Cuba kita fikirkan berapa pendapatan mereka sehari berbanding belanja sara hidup mereka dalam era Malaysia menuju ke negara maju pada hari ini. Pada hari ini rata-rata pendapatan harian golongan ini hanya RM100 sehari tapi berapa hari dalam sebulan mereka boleh menoreh. Sedangkan kos sara hidup harian mereka memerlukan sekitar RM60 sehari tanpa dikira duit asrama anak ,pelbagai yuran bulanan di sekolah dan lain-lain keperluan semasa.
Selalu saya terfikir apakah faedahnya dari belanjawan negara kepada golongan ini jika harga barang keperluan sentiasa naik.Kadang naik meluat juga melihat muka pemimpin negara bercakap mengenai kemakmuran negara tapi realitinya untuk menikmati kemakmuran itu amat mahal harganya, mungkin kita terpaksa menggadai maruah sendiri. Tentu rakyat bawahan tidak berpeluang seperti mana wakil-wakil rakyat atau menteri-menteri berpeluang menggadai maruah untuk memperkayakan diri sendiri serta kaum kerabatnya.

Langgan:
Catatan (Atom)