Makin lama mengikuti perkembangan politik tanahair , makin bebal pulak kepala otak ini untuk memikirkan apakah sebab musababnya sesuatu isu itu. Umpamanya isu Zulkifli Nordin , isu Azan di Kuantan ataupun tentang Fairuz yang keluar PKR. Benar-benar teraniya dan tertindaskah melayu P.Pinang dewasa ini sehingga Fairuz meninggalkan Anwar. Mengumumkan keluar PKR dalam majlis gayung tentunya memerlukan alasan yang cukup kritikal kerana anak gayung tentunya melihat situasi ini sebagai dharurat.
Menyorot pula tentang Pas Pahang, ramai anak negeri Pahang yang asal merasakan Pas Pusat tidak prihatin dengan perasaan dan kecintaan kepada negeri Pahang. Tidak adakah anak-anak Pahang yang asal untuk diserah tanggungjawap memimpin Pas Pahang. Kalau di negeri lain mungkin isu ini tidak berlaku tapi di Pahang ini ramai penghijrah dari luar dan mereka masih tebal semangat kenegerian asal ibubapanya.Tentunya tak sesuai langsung Pas Pusat melantik penjawat tertinggi parti dari golongan ini. Ataupun Pas Pusat mahu penduduk asal Pahang menjauhkan sokongan kepada mereka.
Bukan kami memperjuangkan semangat kenegerian tapi kami bergerak mengikut tari kelompok mereka. Kalau mereka anak Kelantan kami boleh menerima tapi kaum kerabat mereka begitu mementingkan persaudaraan mereka sehingga meminggirkan anak negeri asal. Jika mereka memegang jawatan tak kiralah jawatan apapun, JKK, juruteknik , DO ke mereka lebih mengutamakan kepentingan kaum kerabat mereka.
Sikap melebihkan kumpulan anak negeri mereka sehingga kini makin menimbulkan prasangka masyarakat tempatan, jadi tentu makin sukar bagi Pas mendapat kemenangan PRU 13 nanti jika Pas Pusat tidak bertindak awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan