SEJAHTERALAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Jumaat, 14 Mei 2010

Oh politik

Apa-apa pun takrifan tentang politik aku tidak peduli. Apa yang aku faham tentang politik adalah apa yang selalu didengar dan dilihat dari pemainnya. Mulanya, semasa usia menjengkau dewasa aku mula belajar mengenali politik. Aku giat mendengar cakap-cakap, ucapan dan syarahan berkaitan politik serta melihat gelagat jaguh-jaguh politik tempatan dan negara samaada dari belah kerajaan atau pembangkang.

Ya, mendengar cakap orang politik memang mengkagumkan. Bermacam dakwaan yang dikatakan. Ada yang mendakwa kerana politiklah kita mengecap kemerdekaan. Kerana politiklah anak bangsa Melayu berpeluang menjejakkan kaki ke menara gading, mendapat berbagai perkhidmatan percuma dan bantuan dari kerajaan. Demikianlah dicanangkan besarnya faedah politik sehinggakan politik mula mendarah daging ramai umat Melayu tidak mengira lapisan usia lagi , remaja,putera,dewasa,veteran,puteri,wanita,muslimah dan sebagainya.

Maka bergendonglah orang Melayu menyertai mana-mana parti-parti politik yang mereka minati. Politik bukan lagi menjadi satu perkara dari sepuluh perkara orang Melayu tapi sembilan dari sepuluh. Cuba kita pandang sekeliling kita, apa yang tidak dikaitkan dengan politik. Subsidi baja, subsidi beras,subsidi petrol,tadika,jambatan,kelas kemas,kelas berzanji,jalanraya,kedai majlis daerah, cakap apa saja semuanya ada kaitan dengan politik.

Mengapa orang Melayu jadi seperti ini? Mengapa politik dijadikan seperti nyawa dalam kebanyakkan bidang lain. Tidak sedarkah kita bahawa politik yang dianggap madu sebenarnya adalah candu yang menjadi penghalang kepada kemajuan sebenar orang Melayu. Kerana politik inilah orang Melayu semakin lemah dalam persaingan dengan bangsa lain. Sebab itulah orang Melayu sentiasa perlukan bantuan kuasa politik untuk terus maju dan bersaing. Tanpa bantuan kuasa politik tentunya  ramai orang Melayu yang hilang kereta besar, rumah besar atau jawatan besar, tapi yang lebih tentunya hilang cakap besar.

1 ulasan:

  1. Sdr Awangmasru,

    saya mengikuti perkembangan sadudara. didalam melayurayadaily halaman sdr disiarkan dan dibaca oleh seluruh negara.Maknanya sdr ppopular.Bakat sdr tinggi untuk menulis, teruskanlah.

    2. definisi politik berbagai tetapi lebih mudah lestarinya "satu hubungan manusia dengan kuasa". dari situ wujud gelagat politik yang dipanggil " budaya politik". Budaya adalam "amalan atau cara hidup". Apa yang sdr paparkan adalah budaya politik. Budaya politik ini sangat luas kerana ia ada hubungan dengan tingkah laku yang berbagai samada kuasa, agama, ekonomi, sosial, pendidikan dan lain2. Sdr melihat dari sudut orang melayu lebih taksub dengan politik. Betul. Satu pendapat yang kongkrit. Jika diperhatikan seluruh Asia Tenggara rakyatnya bergumoi dengan politik setiap masa. Thailand,Malaysia, Pilifina, Indonesia kecuali Brunai dan singapura kerana satu dikuasai oleh raja mutlak dan satu dikuasai oleh diktator.

    3. Sebagai sebuah negara sedang membangun ygang baru merdeka lepas perang dunia kedua, ketaksuban kepada politik berlarutan hasil dari politik menolak penjajah untuk kemerdekaan. Setelah merdeka, ada banyak kepincangan politik berlaku dan rakyat menuntut bermacam2 untuk memuaskan hati kerana undi mereka yang dirasakan sangat beharga. Dalam sains politik ada dua perkara: politik pembangunan dan pembangunan politik. Politik pembangunan bermakna pemerintah cuba memenuhi tuntutan rakyat mengikut apa yang diminta oleh rakyat dan bernilai pd mereka. contoh, ketika orang lain meminta jalan raya, letrik, dan lain2 masyarakat Hulu Tembeling meminta injin bot dan perahu. Merka tidak minta jalan kerana menggugat perniagaan pemimpin disana yang menguasai penggangkutan air. Tetapi bila diluar sudah minta setesen pemancar wireless rakyat kws Hulu Tembeling sibuk meminta jalanraya. Jd mereka lambat kerana politik bot delay the time. Pembangunan politik adalah kesedaran tentang menyertai parti politik, peratusan keluar mengundi dan sensitiviti isu-isu semasa.

    3. Sistem politik sepeti isu perkauman, sentimen keagamaan, pendidikan dan semuanya menyebabkan semua orang ingin terlibat dalam politik. Jika mereka tidak pedulikan politik masyarakat kita anggap kepentingan diri lebih. Asakan ini menyebabkan masing2 terlibat dalam politik. Dan banyak faktor lain. Kaum lain mereka hanya bermusim. Tetapi kebelakangan ini mereka sudah mula terlibat aktif kerana mereka mula hendak mengambil alih kuasa dari tangan melayu. Setelah mereka kontrol ekonomi mereka lihat politik pula. Tetapi mereka tidak seperti melayu mengharapkan kerajaan.Oleh itu budaya politik mereka tidak jelas.

    4. DiThailang sudah berbulan baju merah menguasai bandar Bangkok mereka lagi gila politik. Jd begitulah suasana politik negara sedang membangun. Keadaan ini berubah bila kita menjadi sebuah negara maju. Rakyat negara maju hanya melihat manifesto. Jika manifesto gagal dilaksanakan setelah menang PRU mereka akan pilih lagi, Jika gagal tergulinglah kerajaan tersebut.

    sdr Awngseru.

    Tulislah apa yang sdr fikir baik untuk agama bang dan negara. Teruskan. Jangan tewas. postinglah yang baru kerana post ini hampir seminggu. Saya bersama saudara,TQ

    BalasPadam