Dalam kancah politik UMNO masa kini sebutlah sahaja apa, sesumpah, pelacur, hanturaya,polong sikit pun tidak menimbulkan kesan kepada ahlinya. Pertama adalah gelaran tersebut dilontar secara umum untuk menghangatkan suasana perhimpunan. Contohnya dalam perhimpunan UMNO Jerantut baru-baru ini , apabila DS Najib menyebut kataan SESUMPAH maka ramailah ahli umno , pengamal media dan rakyat jelata membuat tafsiran bahawa sesumpah itu adalah DS Anwar. Maka hebohlah berhari-hari di ceritakan betapa sikap DS Anwar yang berbelit-belit, talam dua muka,lidah bercabang dan terkininya sesumpah.
Kalau kita buat sedikit renungan tentu kita tahu DS Najib memberi amaran kepada ahli umno jangan jadi sesumpah dalam PRU nanti, maksudnya jangan pengkhianat parti , jangan berkerja untuk PR. Begitu ramai ahli UMNO menjadi sesumpah sehingga DS Najib yang amat sibuk dengan tugas negara terpaksa membuat teguran.
Namun ahli UMNO peringkat cawangan sibuk mengaitkan gelaran SESUMPAH dengan DS Anwar. Apa untungnya kepada UMNO kalau semua orang tahu seandainya DS Najib kata DS Anwar SESUMPAH sedangkan beribu SESUMPAH berada dalam umno yang makin hari makin membenamkan UMNO . SESUMPAH ini merebut setiap jawatan yang ada seperti ketua Kg, ahli JKKK, AJK Masjid JK persatuan Belia , NGO dan dalam umno sendiri. SESUMPAH ini mengaku sanggup memikul amanah jawatan tetapi setelah mendapat jawatan mereka mengabaikan tanggungjawab. Oleh kerana mereka turun sebagai individu UMNO maka apabila mereka mengabaikan amanah yang diberi maka UMNOlah yang mendapat padahnya.
Dalam bisness kontrak di Jerantut sdr AM juga adalah sesumpahnya, kan?
BalasPadamsalam saudara,
BalasPadamyang sebenarnya sesumpah yg dimaksudkan septutnya di kaitkan denganapa terjemahan PRU12 yang lalau sebenaranya memberi ruang kepada pemimpin memikirkan semula apakah mereka sudah cukup berkerja utk rakyat ataupun mereka yang rasa rakyat yg bekerja utk mereka?
memang agak pedih bila melahirkan apa yg kita rasa bila masih ada lagi sebagai sang selesa yang tidak sedarkah terjemahan rakyat diatas kertas undi serta kitaran yang merebahkan begitu banyak pemimpin umno masih tidak menyedaklan lagi kah wahai sang selesa... dan mereka tetap selesa
jadi jangan pedih utk berkata kebenaran dan saya faham saudara sebenarnya kesedaran dan tamparan tehadap UMNO kerana PRU12 lalu sebenarnya saudara dan orang seperti saya yang pedih sampai kini terasa dan tak akan lupa... malah kita lah yang akan mengatakan kebenarannya... insyallah demi perjuangan bangsa...
sdr awang mengibulu maksudkan tak jelas ,apakah hanya ahli umno layak bisnes kontrak . orang biasa seperti saya hanya duduk dipinggiran.
BalasPadamSalam.Mereka tetap tidak akan sedar.kerana sememangnya mereka telah pun buta hati.
BalasPadam