Baru sebentar tadi saya membaca blog seorang sahabat yang menceritakan tentang kawan lama masa sekolah yang bersikap anti-girl merasa rugi kawin lambat.Agak seronok juga sketsa yang ditulisnya serta pautan ceritanya. Maka tiba-tiba saya teringat pula satu kisah yang terjadi pada seorang sahabat saya juga sewaktu melalui zaman remaja.Ada eloknya saya kisahkan semula dengan beberapa pindaan untuk menjadikan ceritanya sedap sedikit.
Alkisahnya kami ini sama sebaya ,rumah dekat-dekat je cuma berlainan sekolah menengah tapi bila cuti sekolah tiadalah geng lainnya kami bercampur melainkan 4,5 orang tu jelah. Kami bermain ,menyetek burung, memanah ikan atau berbasikal unta sentiasa bersama. Bila lepas SPM, saya sambung belajar dan dia menolong ayah dia berniaga. Baru je tiga bulan tiba-tiba dia dah hantar permohonan kawin pada ayahnya. Mula-mula ayahnya buat tak layan tapi dia mula mendesak kerana pihak perempuan begitu pandai memujuknya.
Akhirnya dia pun berkahwinlah dalam usia remaja padahal waktu itu saya baru je berhijrah ke KL untuk teruskan belajar. Maka amatlah seronoknya dia dapat kawin dan merasa kenikmatannya sedangkan kami yang sebaya dengannya masih tergaru-garu kepala mendengar dia bercerita.Maklumlah masa tu tahun awal 80'an bukan 2010'an. Maklumat tentang hubungan kelamin ni sangat sulit , cuma masa skodeng je barulah dapat tengok orang lelaki-pompuan bergomol. Itu pun kena tunggu pakcik-pakcik askar cuti balik kampung sebab gerenti sukses skodeng malamnya.
Tahun 1988 giliran saya pula bertemu jodoh semasa berumur 27 tahun kawan saya tu dah ada 5 anak.Isterinya sama baya je dengan isteri saya tapi nampak hampir sebaya dengan mak mentua saya. Maklumlah dah anak lima sedangkan usianya baru 22 tahun ,dah lonyer kata orang kampung.
Pada tahun 2000 dulu kawan saya ni mula buat hal, ashik je dengan makwenya sampai pernah ditangkap berdua ditempat tertutup.Kemudiannya pernah juga nampak berkepit siang malam dengan awek lain ( baru ) semasa menguruskan projeknya. Cerita gaduh dengan isterinya tu dah tak kisahlah tambah pula anaknya dah 10. Akhir sekali tahun 2008 dengar cerita barulah dapat kawin satu lagi .
Saya terfikir beginilah juga kisahnya dengan matUMNO, dalam usia teramat muda dah merasa tidur bersama sekatil dengan awMCA dan minMIC. Semasa akhPAS tergontel-gontel tidur sorang , matUMNO dah puas bergolek,hempas,jilat sanasini , cucuk atasbawah dan akhirnya bila dah lama sangat bersama nak pandang pasangan pun mula naik menyampah. Yelah , kejap tindih awMCA kemudian minMIC pulak mintak. Kering sudahnya takungair matUMNO. Sementelah pula matUMNO dah mula hilang 'power' cepat letih dan kadang-kadang mesti telan 'viaggra' baru mampu bangun , itu pun kejap je . Tu tak kira 'sparepart' simpanan lain yang sering mahu juga diinjek. Dah 50 tidur sekatil ni mulalah matUMNO naik jemu tambah pula penyakit pula dah macam-macam ada HIV, kroni, rasuah dsbnya.
Maka dalam suasana rumahtangga matUMNO berantakkan serta penyakit yang makin bersarang , akhPAS pula melangsungkan perkahwinan dengan 2 jodohnya , dua-dua jodohnya kacukan pulak cantik masih ramping sihat lawa dan popular. Sudah tentu matUMNO jadi dengki sebab dia dan pasangan-pasangannya sudah kerepot dek kerana masing-masing terlalu lama bergomol bergumpal sehingga kering air sendi, pucat kurang darah sedangkan akhPAS baru lagi dengan pasangan-pasangannya , tengah harmoni dan kalau gaduh pun semalam dua bebaik semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan