SEJAHTERALAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Jumaat, 7 Januari 2011

Berbalak-balak dulu buat jalan kemudian.



Menatap tulisan blog Suara Prihatin Umno Jerantut terasa begitu tercuit perasaan kerana terbayang betapa terhimpitnya menjadi orang biasa. Sahabat penulis blog SPU seperti biasa menulis permasaalahan  rakyat biasa seperti saya dan dia yang mahu melihat negeri ini ditadbir dengan telus supaya kehidupan menjadi lebih harmoni dan sejahtera.

Kalau saudara SPU mengutarakan kiasan lama ' berjagung-jagung dahulu , berpada-padi kemudian ' maka disini saya rasakan ungkapan tersebut baik kita gantikan dengan ' berbalak-balak dahulu , buat jalan kemudian '. Rasanya kata-kata itu lebeh sesuai pada hari ini walaupun balak-balak yang ada pada hari banyak yang bersaiz kecil.

Biasalah ... dalam dunia yang semakin terhakis ini rakyat bawahan dimana-mana negeri adalah penjaga kepada kedaulatan negeri . Kerana itu kita berasa bagai dihiris pisau bila melihat pihak-pihak tertentu bersengkongkol dengan puak asing merakus segala hasil mahsul negeri . Rakyat bawahan seperti biasa jadi pengemis kepada tokey-tokey balak . tokey-tokey lombong , taukeh judi dsb dengan beragih sama secebis duit premium dari taukeh2 tersebut. Cis .... hinanya jadi melayu hari ini.

Katalah negeri ketuanan melayu yang ada hari ini diserang musuh , siapakah yang akan tinggal mempertahankan negeri. Tidak akan ada puak lain yang membantu , siapa ?
Adakah puak tokey balak atau tokey lombong atau pecacai2nya. Golongan rakyat bawahanlah yang setia menjaga negeri . Cuba lihat dari puak mana konstabel atau prebet datang ? adakah anak menteri, anak adun,anak jutawan balak, anak tokeh kedai ?
Tak lain tak bukan prebet atau konstabel ini kebanyakan ibubapanya adalah penoreh getah atau pekebun sawit atau berbagai lagi.

Kerana itu pemimpin melayu yang masih berkuasa jagalah agama dan rakyat. Jangan sampai rakyat yang setia membabi buta pun tercelik disebabkan tindakan kamu. Nanti susahnya kamu juga kerana kehilangan kuasa dan pangkat . Kami rakyat bawahan tidak kisah siapa berkuasa kerana sesiapa pun berkuasa kami tetap seperti ini.

5 ulasan:

  1. Sebenarnya xkira kita anak sape2 kita blh jd apae2 sj yg kita mau asal ada azam xp jgn jumut.xdak ada gunanya kita baca anak sianu dan sipolan bagini dan bagitu.Sekiranya ada anak baiklah kita didik anak kita menjurus kearah dunia dan akhirat.Lombong dan balak nama pelesen semuanya melayu.Aku rasa kita xyah nak cemburu kat diaorg bab mengikut satu journal yg ditulis olih omputih pd th 1908 iron yg ada kat negeri Pahang sjer 216 billion tan.aku rasa yg dah keluar 1 juta tan pon xsampai lg.byk lg tu mintaklah kat long nan WZWH pon dah ajar mcmmne nak mohon kws.

    BalasPadam
  2. Salam.Tak boleh pakai jugek peribahasa perbalak balak dahulu baru buat jalan raya,Sebab jalan balak di ulu tembeling dah berpuluh tahun dah balaknya kena gondol.ibarat kata orang kampung di senun.kalau betul kerajaan nak buat jalan .dengan hasil kulit kayu balak pun dah boleh buat jalan tu dulu.Tapi sampai sekarang habok pun tarak

    BalasPadam
  3. balak dah menjadi papan, habuk dah tak berguna lagi, kalau jaman dulu habuk buleh buat simpan air batu ketul, biar jangan cepat cair, sempat nok buat air batu campur nok buka puasa.

    kalu pemimpin kita jaga agama bangsa, dah lama kita hidup senang di ulu ne, pemimpin datang pemimpin pergi, kita rakyat biasa tetap sama, yang berubahnya mereka mereka yang bergelar pemimpin, penjilat penjilat pemimpin, iaitu nampak semakin kaya raya.

    BalasPadam
  4. klu dah rasa jd pemimpin baru kita blh kaya apa susah,kita jd pemimpin.apa ingat senang nak jd pemimpin.ari ni pasang niat nak jd pemimpin besok bangun xdor terus jd.kita jgn hanya tengok org apabila dia dah berada di puncak kejayaan.cuba kita undur ckit kebelakang mcmmne susah payah seseorg itu ketika dia meniti hidup utk menuju kejayaan.mesti penoh dgn pengorbanan,ranjau2 dan air mata.jarang sgt dikalangan kita ini yg dpt dilahirkan diatas dulang emas.percayalah xdak ada kejayaan yg blh dicapai sekelip mata tanpa digarap dgn usaha gigih dan pengorbanan.olih itu xdak perlu kita mengemburui kejayaan org lain seandainya kita sendiri xdak ingin utk berjaya juga.wasallam.

    BalasPadam
  5. SDR Tanpa Nama , memang kita patut cemburu kejayaan oranglain tapi jangan dengki. Pandangan sya adalah supaya kita tidak membiarkan lagi hasil mahsul negeri dan keringat anak negeri diperah guna oleh pecacai-pecacai taukeh bangsa asing , itu saja. Lantaklah klau orang tu maju, susah payah meniti ranjau onak duri , tu dia punya cerita tapi sya mengingat kan diri sya dan org lain supaya jgn dipergunakan oleh org lain sebagai alat dlm mengaut kekayaan negeri ini.

    BalasPadam