Walaupun pilihanraya masih jauh lagi , desas desus siapa bakal calun yang akan dicalunkan oleh setiap parti sudah mula menjadi bincangan ramai . Khabar angin terbaru yang kawan dengar dari seorang teman tentang PRU 13 nanti . Ceritanya mengenai DUN Damak ada kemungkinan akan diserahkan kepada calun Pas untuk bertanding. Kalau sebelum ini calun PKR telah dua kali bertanding tapi kalah maka peluang calun Pas adalah lebih cerah kerana sebelum ini ramai pengundi melayu mengeluh kecewa kerana Pas tidak meletakkan calun di DUN Damak.
Untuk musim kali ini PKR mungkin dah tak sanggup lagi meletakkan calunnya di DUN Damak kerana mananya ada ramai ahli PKR di DUN Damak. Mana sanggupnya calun PKR berkerja kalau jentera pilihanraya PKR Damak cuma 18,19 orang sahaja sedangkan jentera kempen MCA sangat mantap dan ramai. Sebab itu patut sangatlah PKR serahkan kerusi calun DUN ini kepada kawan lain .
Jika semua andaian ini terjadi , DUN Damak akan menyaksikan pertembungan antara Pas (PR) dan MCA (BN). Ini sudah tentulah satu pertandingan yang sengit kerana kedua-dua parti mempunyai akar umbi yang kuat dan seimbang. Peluang untuk PR memenangi DUN Damak menerusi Pas memang cerah dan PKR Pahang harus berlapang dada dengan menyerahkan kerusi DUN Damak supaya ditandingi oleh Pas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan