SEJAHTERALAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Selasa, 12 Oktober 2010

selagi Umno bernyawa ..

Sudah semua orang tahu nyawa Umno dah tinggal di hujung tanduk. Tak lama lagi selepas PRU 13 nanti Umno dan BN akan tutup buku. Hanya tinggal  nostalgia segala kepimpinan Umno kepada orang Melayu dan Malaysia selama ini. Hari ini pun media Umno banyak menayang semula jasa-jasa mereka masa lalu kepada rakyat semua seolah-olah dapat merasakan penggal pemerintahan mereka melalui detik-detik penghujungnya.

Dala suasana begini ramai yang merasa hairan kerana  masih banyak jentera BN/Umno masih tidak berubah tabiat lamanya. Siapakah jentera (tayar)  BN/Umno  dalam kerajaan tadbiran BN?  Adakah  jentera  BN/UMNO  ini  tidak sedar bahawa mereka jentera penting ? Bukankah  Tok4/ Pengerusi JKKK dan ahli JKKK adalah jentera BN/umno yang paling hampir dengan rakyat jelata. Tapi  adakah  mereka ini  telah memainkan peranan secara berkesan untuk menyelamatkan Umno/BN.

Namun dalam suasana duit menguasai segala-gala pada hari ini , berbaloikah golongan ini berkerja keras untuk menaikkan semula imej Umno/BN sedangkan berapa sangatlah habuan kepada mereka. Apakah  penghargaan yang diberikan oleh BN/Umno  kepada golongan ini selama ini. Mereka ini hanyalah penoreh getah, petani atau pesara pangkat rendah yang rata-rata nampak miskin berbanding dengan puak atasan Umno yang sekali-sekala berkunjung ke kampung-kampung.

Dengan keadaan kedaifan anggota JKKK sebegitu bila dibandingkan dengan AJK Umno bahagian maka apakah yang dapat mereka sumbangkan kearah menyelamatkan Umno. Lalu tentu kita terfikir apakah golongan ini (JKKK) perlu diberi elaun bulanan yang setimpal supaya mereka nampak mewah  atau sesetengah AJK UMNO bahagian jangan menampakkan sangat kemewahan mereka.Tapi bagaimana nak sorok kerana harta dah bertimbun-timbun. Tentunya harta itu  persediaan bila Umno dah hilang kuasa nanti .

2 ulasan:

  1. Salam.Memang ramai pemimpin pemimpin UMNO yang amat buruk pekertinya namun adakah pemimpin pemimpin dari parti pembangkang lebih baik? Jika kita lihat sebenarnya tidak ada banyak bezanya.Yang penting kita mestilah memilih calon yang bersih bukan berdasarkan parti yang diwakili.

    BalasPadam
  2. betul pendapat sdr , tapi dlm keadaan sekarang soalnya umno adalah pihak yang bertahan yg lebih memerlukan perubahan drastik pada sikap pemimpin dan jenteranya.

    BalasPadam