SEJAHTERALAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Rabu, 19 Mei 2010

MELAYU RELA KALAH JIKA .....

'Orang Melayu akan lebih maju jika umno kalah dalam pilihanraya'. Ayat ini saya ajukan semasa berbual kosong di kedai kopi.  Kebetulan pula rakan sembang masa itu  KC umno dan tiga empat orang lagi tak berjawatan pun. Huh!  apa lagi , KC pun tepuk mejalah. Umno takkan kalah dan tak boleh kalah. Jika umno kalah bangsa melayu habis katanya. Kalau umno kalah Malaysia akan huruhara tambahnya lagi. Maklumlah umno selama ini dah terlalu banyak berjasa dan seolah-olah saya lupa segala jasa  dan pengorbanan umno membangunkan orang melayu selama ini.

Tujuan saya ceritakan peristiwa diatas adalah hendak mengambarkan betapa taksubnya ahli umno terhadap umno. Bagi mereka tanpa umno hilanglah melayu sedangkan merekalah yang sering melaungkan kata keramat ' tak melayu hilang di dunia'. Ketaksuban membuatkan mereka hilang semangat juang, yang ada hanyalah semangat untuk menang.

Dalam politik, puncak semangat juang adalah rela kalah , kalau kita tidak ada kesanggupan ini maknanya aras perjuangan kita masih rendah dan inilah aras kebanyakan ahli umno hari ini . Mereka seperti tidak membuat persedian minda untuk menerima slogan rela berjuang dan rela kalah. Ini menyebabkan ramai ahli umno gagal dalam mengawal emosi bila menjawap hujah orang bukan umno.

Saya  sangat tak mahu bangsa melayu hilang kuasanya di tanah air ini. Begitu pun hati kecil berkata akhirnya saya terpaksa akur dan rela kita hilang kuasa dalam politik seandainya kuasa politik orang melayu gagal membela maruah dan martabat melayu. Buat apa kita julang pemimpin melayu yang tak pedulikan nasib , maruah dan martabat orang Melayu.

2 ulasan:

  1. melayurayadaily19 Mei 2010 6:36 PG

    Sdr Awangmaseru,

    saya sangat tertarik cara saudara membuat ground test terhadap pemimpin dan alhi-ahli UMNO diakar umbi. Mereka adalah sebahagian dari gambaran bahawa betapa sayang dan kasihnya mereka kepada bangsa melayu-Islam sebagi tuan negara ini. Indoktrinasi melayu telah menjadikan tebal semangat melayunya. Ini adalah mereka-mereka yang telah berada diperingkat umur yang lebih dewasa kerana mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri bertapa azabnya zaman penjajahan dan ketika kominis memerintah selama 14 hari diTanah melayu. Jika mereka melepasi zaman itu mereka sering mentelaah sejarah zaman gelap bangsa melayu sebelum negara mencapai kemerdekaan.

    kedua,

    Sebenarnya UMNO masih lagi kuat mengakar masyarakat kita dikampung-kampung dan desa. UMNO dikampung dan desa tidak pernah kurang semangat perjuangannya walau sudah beralih beberapa jenerasi pemimpin sebagai kelangsungan selepas merdeka. Tetapi UMNO mula luntur dikawasan maju seperti dikawasan bandar yang didiami oleh mereka yang berjaya hasil perjuangan kemerdekaan. Ramai dari mereka yang cerdik pandai sudah tidak melihat bahawa UMNO adalah parti orang melayu yang membawa negara ini merdeka dan bebas dari perhambaan penjajahan. Malah mereka menjadikan UMNO sebagai musuh nombor satu untuk dihancurkan. Mereka lebih rela memberi sokongan kepada pemimpin yang menjadi boneka kepada ekstrimis bukan melayu. Mereka yang berjuang untuk parti islam juga mengecam hebat bangsanya sendiri kerana mereka berpendapat islam itu boleh diperjuangkan oleh sesiapa sahaja tidak mengira bangsa. Perak adalah satu bukti bahawa parti islam menjadi boneka kepada bukan melayu sebelum umno mengambil alih tampuk kuasa. Hari ini jika saudara baca melayurayadaily tentang tiga jalur minoriti boleh menguasai majoriti telah saya bentangkan bagaimana hebatnya melayu dan islam diperalatkan. Orang Islam sendiri berucap digereja bahawa kuasa melayu hari ini akan menghalang kebebebasan beragama jika terus diberi kuasa. Mereka tidak lagi nmenjadikan hasrat mereka untuk nmerebut kekuasaan itu sebagai parti islam yang dominan tetapi mereka hanya menjadi alat kepada ekstrimis cina untuk berkuasa. Jika diperhatikan jumlah kerusi parlimen hari ini kelebihan antara tiga parti pakatan adakah islam dominan?.

    ketiga,

    Antara parti nasionalis dengan parti agama sewajarnya berkerjasama dalam menegakkan agama dan kepentingan melayu Islam. Contohnya, PAS dan UMNO Sepakat dalam menentukan kawasan pilihanraya supaya lebih banyak kawasan majoriti melayu-islam dibentuk. Supaya jika UMNO tidak berkuasa maka jatuhnya ketangan PAS yang masih orang melayu juga. Tetapi kerana dendam dan tidak lagi memikirkan soal keselamatan agama Allah dan bangsa, mereka sanggup menghalalkan apa sahaja walaupun menguntungkan kaum lain. Kita lihat sebahagian dari anggota kepimpinan PAS nampak perkara ini tetapi terpaksa beralah kerana sudah dinyayikan bahawa kemenangan hampir tiba oleh kaum yang ingin membentuk boneka tersebut. Parti keadilan tidak lagi boleh diharap sebagai parti melayu -Islam kerana sebahagian besar keahliannya adalah bukan melayu.

    Marilah sama kita melihat bahawa melayu-Islam mesti diselamatkan dan dijauhkan dari dijadikan kuasa boneka ditanah airi ini.

    Sdr Awangmaseru, walau apa pun provokasi saudara saya masih merasai bahawa saudara juga mahu yang tetap berkuasa adalah melayu-Islam tidak kira dari parti apa pun dengan syarat kuasa itu bukan kuasa boneka. Terima kasih kerana saudara memberi laluan kepada saya untuk kita sama-sama berkongsi idea agar melayu dan Islam menjadi tuan kepada negara ini. Teruskan walaupun secebis ayat sdr Awangmaseru. TQ.

    BalasPadam
  2. bg kat org PAS mmg lingkupla melayu, PAS pOn wat pakatan ngn DAP. mne la org melayu x taksub dgn BN.. cube fikir...

    BalasPadam