SEJAHTERALAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Jumaat, 17 Mei 2013

Haji Hadi ; Terjerat atau kurang bijak













Tajuk komentar saya sudah boleh membuat ahli Pas naik marah tapi itulah hakikatnya. Kenapa seorang Tuan Guru merangkap Presiden Parti Islam yang sudah merata dunia diketahui reputasinya begitu mudah diperangkap. Ada ahli Pas mengatakan beliau dianiaya tapi kenapa insiden ini boleh terjadi . Mana pegawai peribadinya ? Atau Tuan Guru ini boleh diarah dengan begitu mudah tanpa bertanya .

Apa-apa pun gambar inilah yang menjadi punca BN menang 4-0 di Jerantut malah hampir sahaja calun Bebas yang disebelah Tuan Guru menang . Ramai pengundi cerdik tidak menyokong Dr Hamzah calun Pas tapi ramai penyokong kurang cerdik Pas mengundi calun Bebas . Fikirkanlah apa Tuan Guru dah buat tanpa dia sedar dia menyebabkan undi Pas berkurang.

Cerita lain kalilah di Jerantut

Ucapan 'ini kalilah' pada awalnya diharap menjadi senjata untuk memaut sokongan kepada calun PR tapi akhirnya bertukar menjadi 'lain kalilah'. Awalnya mood 'ini kalilah' masa menukar kerajaan BN kepada PR amat dirasai terutamanya dikalangan pengundi bandar jerantut . Beberapa bualan dengan pengundi memang membayangkan angin ubah akan melanda tapi beberapa fenomena saat-saat akhir menyebabkan angin tersebut lesap begitu sahaja ditelan oleh emosi dan poket-poket yang mengelembung.

Perubahan kepada ' lain kalilah ' terjadi apabila watak utama PR dalam PRU13 iaitu calun P.81gagal mengawal emosi apabila sahabat karibnya menjadi calon Bebas cap bungaraya setelah gagal mendapat watikah untuk bertanding atas tiket DAP. Maka bermulalah satu kerja untuk mengelirukan pengundi penyokong PR  bahawa calun Bebas bebas Dap ini mendapat restu rahsia dari pimpinan Pas . Berbagai usaha dilakukan untuk menarik sokongan dari penyokong Pas sehingga bekerja keraslah para ustaz dan ustazah Pas menjaja macam-macam helah supaya calun Bebas ini menang sehingga ada yang berani mengatakan syura' ulama' Pas menerima gabungan Pas dan Bunga Raya ini.








Bagi jentera PR yang baru ditubuhkan untuk membantu calun PKR mereka terkejut bila menyedari bahawa hampir 80% jentera p/raya Pas Dun Damak telah nekad membantu calun Bebas walaupun menentang PKR yang telah menubuhkan sama-sama Pakatan Rakyat. Berbekalkan sedikit fitnah dan sifir pengundi yang memenangkan calun Parlimen Pas mereka ini telah menjadi penghalang kepada kerja2 kempen PKR dan senario seolah-olah Pas juga bertanding DUN . Maka perlawanan 4 penjuru di DUN Damak benar-benar sengit antara PKR menentang BN/MCA dan Pas/Bebas.

Keasyikkan jentera Pas Dun Damak menjalankan kerja kempen untuk calun Bebas benar-benar menjerat calun Pas sendiri. Pas merelakan lambang bulan dipergunakan oleh calun Bunga Raya sewenang-wenangnya. Mereka ( Pas Damak) lupa bahawa lambang bulan milik umat Islam dan ini melukakan hati segelintir umat Islam yang perihatin terhadap Pas . Kelukaan inilah yang menjadi punca kekalahan calun -calun Pas di Jerantut , Tahan dan Pulau Tawar.