SEJAHTERALAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Isnin, 21 Februari 2011

Isu Melayu mainan siapa.

Setelah negara merdeka lebih 50 tahun lalu, kehendak orang Melayu terhadap perubahan sistem-sistem pentadbiran kepada sistem Islam semakin ketara. Kehendak ini yang disalurkan melalui perjuangan PAS sejak mula merdeka lagi telah semakin mendapat sokongan rakyat walaupun berbagai halangan diujudkan oleh BN. Memang matlamat PAS yang mahu Islam menjadi landasan sistem kenegaraan semakin diterima oleh rakyat khususnya orang Melayu sehingga membimbangkan UMNO yang menjadi teras kepada kerajaan BN.

Melihat kepada minda orang Melayu yang semakin maju dalam menerima Islam secara total maka musuh-musuh Islam di Malaysia mula gusar. Lantaran dari situasi ini maka beberapa isu ditimbulkan . Selain dari cubaan merendah-rendahkan Islam secara langsung , isu Melayu juga dimainkan memandangkan majoriti Melayu adalah Islam. Sebagai kaum majoriti kelemahan dan kecelaruan Melayu tentunya mengencatkan perkembangan perjuangan Islam di Malaysia.

Kita perlu sedar isu Melayu sepatutnya tidak perlu diungkitkan lagi kerana telah diselesaikan sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Apa yang perlu orang Melayu perjuangkan pada abad ini adalah penambah baik terhadap sistem-sistem kenegaraan. Mana-mana sistem yang masih bersandar kepada sistem barat harus melalui tranfomasi kepada sistem dari Islam. Inilah sepatutnya isu yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang Melayu tanpa kira fahaman politik dan bukannya kembali mundur dengan berjuang dalam isu-isu lama.

Apabila sistem-sistem negara yang ada berlandaskan Islam maka tentunya keadilan akan wujud dan hak semua bangsa terjamin. Semua perjuangan atas nama bangsa patut ditinggalkan segera dan penumpuan orang Melayu mesti dalam satu arah iaitu tranfomasi kepada Islam secara keseluruhan . Inilah yang ditakuti oleh musus-musuh Islam dan orang Melayu ( pejuang ) jangan sekali-kali menjadi mata rantai kepada perjuangan musuh-musuh  Islam . Musuh-musuh Melayu bertepuk tangan kerana mereka tahu Melayu tidak akan maju dan kuat  dengan Ketuanan Melayu sebaliknya Melayu akan menjadi perkasa jika mendaulahkan Islam.