SEJAHTERALAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Sabtu, 25 September 2010

Bolehkah Pas menang?

Menurut jangkaan  PRU 13 akan diadakan pada tahun 2013 yaitu tamat tempuh penggal ke12. Mengikut pendapat seorang sahabat saya yang agak tebal ke' Pas' an , beliau mengeluarkan pandangan kepada saya bahawa PRU ke13 pada tahun 13 adalah detik kehancuran kepada sebuah pelembagaan kufur sebagaimana rukun 13s solat  yang menandakan lenyapnya kekufuran seseorang bila dilaksanakan.

Namun begitu saya terus juga berfikir , boleh ke Pas menang PRU 13 nanti dengan hanya membuat sifir mudah begitu. Adakah Pas sudah membuat persediaan menggerakkan jentera pilihanrayanya dengan kursus-kursus terkini dan sokongan logistik yang mencukupi. Sudahkah Pas Kawasan membuat penilaian terhadap prestasi setiap cawangan samaada cawangan yang sedia ada berfungsi atau tidak.

Umno memang sedang bercakaran masa sekarang tapi seperti biasa apabila tiba masa pilihanraya mereka akan bersama-sama mengerjakan Pas. Oleh itu Pas janganlah merasa selesa dengan hanya menumpukan kepada program dalaman di markas-markas sahaja. Cubalah  AJK  Pas  Kawasan  kerapkan menjengah tempat-tempat yang tiada cawangan atau cawangannya dah mati  dan banyakkan  program yang turun ke masyarakat  .

Ketua Pemuda atau AJK Pemuda pula mesti menggandakan usaha menjadi penggerak kepada kegiatan Pas kerana sekarang dapat dilihat  tidak banyak  program Pemuda yang melibatkan  anak-anak muda di serata gelanggang. Teruskan usaha mengunjungi  kemana-mana gelanggang yang ada. Ada gelanggang takraw , badminton , tomoi , silat dan banyak lagi.

Selasa, 7 September 2010

Umno Dengki.Kenapa?

Baru sebentar tadi saya membaca blog seorang sahabat yang menceritakan tentang kawan lama masa sekolah yang bersikap anti-girl  merasa rugi kawin lambat.Agak seronok juga sketsa yang ditulisnya serta pautan ceritanya. Maka tiba-tiba saya teringat pula satu kisah yang terjadi pada seorang sahabat saya juga sewaktu melalui zaman remaja.Ada eloknya saya kisahkan semula dengan beberapa pindaan untuk menjadikan ceritanya sedap sedikit.

Alkisahnya kami ini sama sebaya ,rumah dekat-dekat je cuma berlainan sekolah menengah  tapi bila cuti sekolah tiadalah geng lainnya kami bercampur melainkan 4,5 orang tu jelah. Kami bermain ,menyetek burung, memanah ikan atau berbasikal unta sentiasa bersama. Bila lepas  SPM, saya sambung belajar dan dia menolong ayah dia berniaga. Baru je tiga bulan tiba-tiba dia dah hantar permohonan kawin pada ayahnya. Mula-mula ayahnya buat tak layan tapi dia mula mendesak kerana pihak perempuan begitu pandai memujuknya.

Akhirnya dia pun berkahwinlah dalam usia remaja padahal waktu itu saya baru je berhijrah ke KL untuk teruskan belajar. Maka amatlah seronoknya dia dapat kawin dan merasa kenikmatannya sedangkan kami yang sebaya dengannya masih tergaru-garu kepala mendengar dia bercerita.Maklumlah masa tu tahun awal 80'an bukan 2010'an. Maklumat tentang hubungan kelamin ni sangat sulit , cuma masa skodeng je barulah dapat tengok orang lelaki-pompuan bergomol. Itu pun kena tunggu pakcik-pakcik  askar cuti balik kampung sebab gerenti sukses skodeng malamnya.

Tahun 1988 giliran saya pula bertemu jodoh semasa berumur 27 tahun kawan saya tu dah ada 5 anak.Isterinya sama baya je dengan isteri saya tapi nampak hampir sebaya dengan mak mentua saya. Maklumlah dah anak lima sedangkan usianya baru 22 tahun ,dah lonyer kata orang kampung.

Pada tahun 2000 dulu kawan saya ni mula buat hal, ashik je dengan makwenya sampai pernah ditangkap berdua ditempat tertutup.Kemudiannya pernah juga nampak berkepit siang malam dengan awek lain ( baru ) semasa menguruskan projeknya. Cerita gaduh dengan isterinya tu dah tak kisahlah tambah pula anaknya dah 10. Akhir sekali tahun 2008 dengar cerita barulah dapat  kawin satu lagi .

Saya terfikir beginilah juga kisahnya dengan  matUMNO, dalam usia teramat muda dah merasa tidur bersama sekatil dengan awMCA dan minMIC. Semasa  akhPAS tergontel-gontel tidur sorang , matUMNO dah puas bergolek,hempas,jilat sanasini , cucuk atasbawah dan akhirnya bila dah lama sangat bersama nak pandang pasangan pun mula naik menyampah. Yelah , kejap tindih awMCA kemudian minMIC pulak mintak. Kering sudahnya takungair  matUMNO. Sementelah pula matUMNO dah mula hilang 'power' cepat letih dan kadang-kadang mesti telan 'viaggra' baru mampu bangun , itu pun kejap je . Tu tak kira 'sparepart' simpanan lain yang sering mahu juga diinjek.  Dah 50 tidur sekatil ni mulalah matUMNO naik jemu tambah pula penyakit pula dah macam-macam ada HIV, kroni, rasuah dsbnya.

Maka dalam suasana rumahtangga matUMNO berantakkan serta penyakit yang makin bersarang , akhPAS pula melangsungkan perkahwinan dengan 2 jodohnya , dua-dua jodohnya kacukan pulak cantik masih ramping sihat lawa dan popular. Sudah tentu matUMNO jadi dengki sebab dia dan pasangan-pasangannya sudah kerepot dek kerana masing-masing terlalu lama bergomol bergumpal sehingga kering air sendi, pucat kurang darah sedangkan akhPAS baru lagi dengan pasangan-pasangannya , tengah harmoni dan  kalau gaduh pun semalam dua bebaik semula. 

Ahad, 5 September 2010

Perkauman Umno

Umno sememangnya ingin menjadi juara selamanya bagi bangsa Melayu namun setiap tindak langkahnya semakin terarah kepada perkauman umno. Malah strategi perkauman umno inilah telah dipergunakan  untuk membuat undi melayu kekal ketangan BN walaupun calun BN bukan melayu.

Apabila DAP menguasai P.Pinang barulah mereka sedar betapa terseksanya apabila hilang kuasa. Maka selalulah orang umno p.pinang yang berwajah bukan melayu mengadakan bantahan didepan media mengatakan orang melayu ditindas dan dipinggirkan oleh kerajaan p.pinang.

Semangat Melayu orang umno memang aneh , ketika berdepan penyokong Pas atau PKR semangat keMelayuan orang umno mendadak naik tapi bila berdepan pula dengan golongan tokey kaya , semangat melayunya habis terkentut. Sebab itulah banyak kawasan contohnya di Jerantut telah terjual dan jatuh ketangan taukeh Cina melalui urusniaga yang dijalankan oleh pemimpin umno.

Rabu, 1 September 2010

Catatan ini adalah sambungan kepada entri sebelumnya.


Antara calun-calun Ahli Parlimen Jerantut 2013







Telah sampai maklumat bahawa ramai juga penyokong Dato' Azizan Yaakob bersetuju kalau dia dicalunkan sebagai ahli Parlimen Jerantut. Tiada cacat celanya Dato' ini sekiranya BN meletakkannya bertanding bagi menentang calun dari Pas iaitu Dr Hamzah tapi sebelum itu mestilah laluannya dalam BN tidak disekat. Oleh itu saya tambah lagi sorang calun pengganti YM Tengku Azlan  Ahli Parlimen Jerantut iaitu Dato' yang gambar kat atas ni...