SEJAHTERALAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Sabtu, 25 September 2010

Bolehkah Pas menang?

Menurut jangkaan  PRU 13 akan diadakan pada tahun 2013 yaitu tamat tempuh penggal ke12. Mengikut pendapat seorang sahabat saya yang agak tebal ke' Pas' an , beliau mengeluarkan pandangan kepada saya bahawa PRU ke13 pada tahun 13 adalah detik kehancuran kepada sebuah pelembagaan kufur sebagaimana rukun 13s solat  yang menandakan lenyapnya kekufuran seseorang bila dilaksanakan.

Namun begitu saya terus juga berfikir , boleh ke Pas menang PRU 13 nanti dengan hanya membuat sifir mudah begitu. Adakah Pas sudah membuat persediaan menggerakkan jentera pilihanrayanya dengan kursus-kursus terkini dan sokongan logistik yang mencukupi. Sudahkah Pas Kawasan membuat penilaian terhadap prestasi setiap cawangan samaada cawangan yang sedia ada berfungsi atau tidak.

Umno memang sedang bercakaran masa sekarang tapi seperti biasa apabila tiba masa pilihanraya mereka akan bersama-sama mengerjakan Pas. Oleh itu Pas janganlah merasa selesa dengan hanya menumpukan kepada program dalaman di markas-markas sahaja. Cubalah  AJK  Pas  Kawasan  kerapkan menjengah tempat-tempat yang tiada cawangan atau cawangannya dah mati  dan banyakkan  program yang turun ke masyarakat  .

Ketua Pemuda atau AJK Pemuda pula mesti menggandakan usaha menjadi penggerak kepada kegiatan Pas kerana sekarang dapat dilihat  tidak banyak  program Pemuda yang melibatkan  anak-anak muda di serata gelanggang. Teruskan usaha mengunjungi  kemana-mana gelanggang yang ada. Ada gelanggang takraw , badminton , tomoi , silat dan banyak lagi.