SEJAHTERALAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Isnin, 24 Januari 2011

Tenang seminggu saja

Malaysia akan menjalani pilihanraya yang ke 13 tak berapa lama lagi.Setelah bergelut dengan berbagai isu sejak pRU 12 sudah pasti pRU 13 menjadi medan yang paling hebat sejak pilihanraya dijalankan dinegara ini.
Apa pun yang saya tulis hanyalah pendapat sahaja kerana hanya itulah sahaja kebolehan semua manusia menggunakan otak yang sebesar kepal tangannya.
Melihat kepada petunjuk-petunjuk awal , kelihatan pada pilihanraya 13 nanti pihak BN akan meluaskan lagi segala keburukan kempen dalam memburukkan pembangkang khususnya Pas. Perlu bagi  Pas hendaklah awal-awal lagi menutup pintu terhadap segala tingkahlaku yang membolehkan fitnah ditujukan terhadapnya.

Selamanya menteri-menteri BN telah melancarkan berbagai serangan politik terhadap Pas melalui  media atau gerak kerja politik melalui bantuan-bantuan malapetaka. Disamping itu mereka melemparkan fitnah ,cacikeji dan ugutan terhadap gerakkan Pas untuk menjatuhkan keterampilan dan populariti pimpinan parti ini khususnya.
Naib presiden umno ,safie afdal contohnya telah mengeluarkan tuduhan bahawa Pas adalah parti ajaran sesat. Biadap sungguh si safie afdal kerana begitu berani mengeluarkan fatwa sebegitu. Kalaulah dia bercakap dihadapan saya begitu sememangnya singgah penumbuk ke batang hidungnya kerana tuduhannya yang amat kurang ajar yang tidak layak dikeluarkan oleh seorang menteri.

Di  Tenang semalam , Johari Khir seorang lagi menteri BN memberi amaran supaya jangan gunakan isu agama dalam kempen pilihanraya dengan alasan sensitiviti keagamaan. Cuba fikir , adakah sekarang ini negara kita sebenarnya negara 'free thinker'.  Beliau dulunya orang atasan KAGAT tapi bila terjun kedalam politik  beliau menjadi begitu 'secular' dalam melemparkan pandangan. Juga apakah peruntukan yang beliau istiharkan untuk sekolah-sekolah agama di DUN Tenang semasa berkempen semalam bukan rasuah. Begitu banyak masa sebelum ini  untuk berkhidmat kepada rakyat sebelum ini tapi kenapa tunggu waktu ini untuk memberi bantuan .

Hahaha ......... hari ini ada pemuka Islam yang sudah tak kenal makna rasuah.

Rasuah , rasuah , rasuah.

Beri rasuah .

Makan rasuah.