SEJAHTERALAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Jumaat, 7 Januari 2011

Berbalak-balak dulu buat jalan kemudian.



Menatap tulisan blog Suara Prihatin Umno Jerantut terasa begitu tercuit perasaan kerana terbayang betapa terhimpitnya menjadi orang biasa. Sahabat penulis blog SPU seperti biasa menulis permasaalahan  rakyat biasa seperti saya dan dia yang mahu melihat negeri ini ditadbir dengan telus supaya kehidupan menjadi lebih harmoni dan sejahtera.

Kalau saudara SPU mengutarakan kiasan lama ' berjagung-jagung dahulu , berpada-padi kemudian ' maka disini saya rasakan ungkapan tersebut baik kita gantikan dengan ' berbalak-balak dahulu , buat jalan kemudian '. Rasanya kata-kata itu lebeh sesuai pada hari ini walaupun balak-balak yang ada pada hari banyak yang bersaiz kecil.

Biasalah ... dalam dunia yang semakin terhakis ini rakyat bawahan dimana-mana negeri adalah penjaga kepada kedaulatan negeri . Kerana itu kita berasa bagai dihiris pisau bila melihat pihak-pihak tertentu bersengkongkol dengan puak asing merakus segala hasil mahsul negeri . Rakyat bawahan seperti biasa jadi pengemis kepada tokey-tokey balak . tokey-tokey lombong , taukeh judi dsb dengan beragih sama secebis duit premium dari taukeh2 tersebut. Cis .... hinanya jadi melayu hari ini.

Katalah negeri ketuanan melayu yang ada hari ini diserang musuh , siapakah yang akan tinggal mempertahankan negeri. Tidak akan ada puak lain yang membantu , siapa ?
Adakah puak tokey balak atau tokey lombong atau pecacai2nya. Golongan rakyat bawahanlah yang setia menjaga negeri . Cuba lihat dari puak mana konstabel atau prebet datang ? adakah anak menteri, anak adun,anak jutawan balak, anak tokeh kedai ?
Tak lain tak bukan prebet atau konstabel ini kebanyakan ibubapanya adalah penoreh getah atau pekebun sawit atau berbagai lagi.

Kerana itu pemimpin melayu yang masih berkuasa jagalah agama dan rakyat. Jangan sampai rakyat yang setia membabi buta pun tercelik disebabkan tindakan kamu. Nanti susahnya kamu juga kerana kehilangan kuasa dan pangkat . Kami rakyat bawahan tidak kisah siapa berkuasa kerana sesiapa pun berkuasa kami tetap seperti ini.