SEJAHTERALAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Khamis, 28 Oktober 2010

harga barang naik lagi

Pilihanraya kecil DUN Galas diistiharkan hampir serentak dengan kenaikkan beberapa harga barangan keperluan harian. Sesiapa yang rajin meneliti senarai harga semasa membeli barang sudah tentu mendapati banyak harga barangan runcit naik. Mengapakah harga naik sedangkan kita tidak mendengar pun berita kenaikkan harga barang di television. Seolah-olah negara kita dilanda inflasi yang mengakibatkan kenaikkan harga barangan.

Kepada orang kampung yang bekerja menoreh getah atau buruh , apa yang mereka dapat dari belanjawan baru-baru  ini. Cuba kita fikirkan berapa pendapatan mereka sehari berbanding belanja sara hidup mereka dalam era Malaysia menuju ke negara maju pada hari ini. Pada hari ini rata-rata pendapatan harian golongan ini hanya RM100 sehari tapi berapa hari dalam sebulan mereka boleh menoreh. Sedangkan kos sara hidup harian mereka  memerlukan sekitar RM60 sehari tanpa dikira duit asrama anak ,pelbagai yuran bulanan di sekolah dan lain-lain keperluan semasa.

Selalu saya terfikir apakah faedahnya dari belanjawan negara kepada golongan ini jika harga barang keperluan sentiasa naik.Kadang naik meluat juga melihat muka pemimpin negara bercakap mengenai kemakmuran negara tapi realitinya untuk menikmati kemakmuran itu amat mahal harganya, mungkin kita terpaksa menggadai maruah sendiri. Tentu rakyat bawahan tidak berpeluang seperti mana  wakil-wakil rakyat atau menteri-menteri  berpeluang menggadai maruah untuk memperkayakan diri sendiri serta kaum kerabatnya.


 

Selasa, 12 Oktober 2010

selagi Umno bernyawa ..

Sudah semua orang tahu nyawa Umno dah tinggal di hujung tanduk. Tak lama lagi selepas PRU 13 nanti Umno dan BN akan tutup buku. Hanya tinggal  nostalgia segala kepimpinan Umno kepada orang Melayu dan Malaysia selama ini. Hari ini pun media Umno banyak menayang semula jasa-jasa mereka masa lalu kepada rakyat semua seolah-olah dapat merasakan penggal pemerintahan mereka melalui detik-detik penghujungnya.

Dala suasana begini ramai yang merasa hairan kerana  masih banyak jentera BN/Umno masih tidak berubah tabiat lamanya. Siapakah jentera (tayar)  BN/Umno  dalam kerajaan tadbiran BN?  Adakah  jentera  BN/UMNO  ini  tidak sedar bahawa mereka jentera penting ? Bukankah  Tok4/ Pengerusi JKKK dan ahli JKKK adalah jentera BN/umno yang paling hampir dengan rakyat jelata. Tapi  adakah  mereka ini  telah memainkan peranan secara berkesan untuk menyelamatkan Umno/BN.

Namun dalam suasana duit menguasai segala-gala pada hari ini , berbaloikah golongan ini berkerja keras untuk menaikkan semula imej Umno/BN sedangkan berapa sangatlah habuan kepada mereka. Apakah  penghargaan yang diberikan oleh BN/Umno  kepada golongan ini selama ini. Mereka ini hanyalah penoreh getah, petani atau pesara pangkat rendah yang rata-rata nampak miskin berbanding dengan puak atasan Umno yang sekali-sekala berkunjung ke kampung-kampung.

Dengan keadaan kedaifan anggota JKKK sebegitu bila dibandingkan dengan AJK Umno bahagian maka apakah yang dapat mereka sumbangkan kearah menyelamatkan Umno. Lalu tentu kita terfikir apakah golongan ini (JKKK) perlu diberi elaun bulanan yang setimpal supaya mereka nampak mewah  atau sesetengah AJK UMNO bahagian jangan menampakkan sangat kemewahan mereka.Tapi bagaimana nak sorok kerana harta dah bertimbun-timbun. Tentunya harta itu  persediaan bila Umno dah hilang kuasa nanti .

Isnin, 4 Oktober 2010

PRU 13 : Calun PR DUN Damak ?

Walaupun pilihanraya masih jauh lagi , desas desus siapa bakal calun yang akan dicalunkan oleh setiap parti sudah mula menjadi bincangan ramai . Khabar angin  terbaru yang kawan dengar dari seorang teman  tentang PRU 13 nanti . Ceritanya  mengenai  DUN Damak ada kemungkinan akan diserahkan kepada calun Pas untuk bertanding. Kalau sebelum ini calun PKR telah dua kali bertanding tapi kalah maka peluang calun Pas adalah lebih cerah kerana sebelum ini ramai pengundi melayu mengeluh kecewa kerana Pas tidak meletakkan calun di DUN Damak.

Untuk musim kali ini  PKR mungkin dah tak sanggup lagi meletakkan calunnya di DUN Damak kerana mananya ada ramai  ahli PKR di DUN Damak. Mana sanggupnya calun PKR berkerja kalau jentera pilihanraya PKR Damak cuma 18,19 orang sahaja sedangkan jentera kempen MCA sangat mantap dan ramai. Sebab itu patut sangatlah  PKR serahkan kerusi calun DUN ini kepada kawan lain .

Jika semua andaian ini terjadi , DUN Damak akan menyaksikan pertembungan antara Pas (PR) dan MCA (BN). Ini sudah tentulah satu pertandingan yang sengit kerana kedua-dua parti mempunyai akar umbi yang kuat dan seimbang. Peluang untuk PR memenangi DUN Damak menerusi Pas memang cerah dan PKR Pahang harus berlapang dada dengan  menyerahkan kerusi DUN Damak supaya ditandingi oleh Pas.