SEJAHTERALAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Khamis, 28 Oktober 2010

harga barang naik lagi

Pilihanraya kecil DUN Galas diistiharkan hampir serentak dengan kenaikkan beberapa harga barangan keperluan harian. Sesiapa yang rajin meneliti senarai harga semasa membeli barang sudah tentu mendapati banyak harga barangan runcit naik. Mengapakah harga naik sedangkan kita tidak mendengar pun berita kenaikkan harga barang di television. Seolah-olah negara kita dilanda inflasi yang mengakibatkan kenaikkan harga barangan.

Kepada orang kampung yang bekerja menoreh getah atau buruh , apa yang mereka dapat dari belanjawan baru-baru  ini. Cuba kita fikirkan berapa pendapatan mereka sehari berbanding belanja sara hidup mereka dalam era Malaysia menuju ke negara maju pada hari ini. Pada hari ini rata-rata pendapatan harian golongan ini hanya RM100 sehari tapi berapa hari dalam sebulan mereka boleh menoreh. Sedangkan kos sara hidup harian mereka  memerlukan sekitar RM60 sehari tanpa dikira duit asrama anak ,pelbagai yuran bulanan di sekolah dan lain-lain keperluan semasa.

Selalu saya terfikir apakah faedahnya dari belanjawan negara kepada golongan ini jika harga barang keperluan sentiasa naik.Kadang naik meluat juga melihat muka pemimpin negara bercakap mengenai kemakmuran negara tapi realitinya untuk menikmati kemakmuran itu amat mahal harganya, mungkin kita terpaksa menggadai maruah sendiri. Tentu rakyat bawahan tidak berpeluang seperti mana  wakil-wakil rakyat atau menteri-menteri  berpeluang menggadai maruah untuk memperkayakan diri sendiri serta kaum kerabatnya.