SEJAHTERALAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Rabu, 8 Disember 2010

Karutkah 'Ketuanan Melayu'?

Saya menganggap mereka ini ' golongan bangsawan ' kerajaan Malaysia. Mereka adalah pihak atasan dalam kepimpinan kerajaan Malaysia tak kira dari parti politik atau pun mewarisi kedudukan dari keturunannya. Kedudukan mereka hari ini adalah diperolehi hasil tegaknya ketuanan Melayu di negara ini , tanpa orang Melayu menyokong 'ketuanan Melayu' ini  sudah pasti mereka semua sama tarafnya dengan rakyat jelata.

Namun pada hari ini banyak suara yang mempertikaikan 'ketuanan Melayu' kedengaran dan banyak juga suara yang mempertahankannya. Secara umumnya parti Umno mempertahankan 'ketuanan Melayu' dan parti PKR pula mahu 'ketuanan Melayu' dihapuskan sementara parti Pas pula bersetuju dengan kehendak PKR.Lain-lain parti bukan Melayu saya tidak kisahkan.

Persoalannya mengapakan ada pihak bersetuju 'ketuanan Melayu' dihapuskan sedangkan mereka tahu akan berdepan dengan pelbagai tuduhan. Malah kita sudah mendengar berbagai tuduhan telah dicanangkan oleh media perdana terhadap pihak yang tidak bersetuju dengan 'ketuanan Melayu'. Berbagai label telah dicadangkan seperti pengkhianat , penderhaka dan seumpamanya.

Saya percaya perkara ini terjadi kerana penguasa 'ketuanan Melayu' telah dianggap mengkhianati amanah sebagai penguasa. Mari kita lihat semula terhadap beberapa  skandal besar yang telah berlaku melibatkan jumlah besar wang negara, kegagalan kerajaan pusat berlaku adil terhadap negeri-negeri yang tidak diperintah oleh BN sedangkan negeri-negeri tersebut majoriti Melayu, kegagalan anggota jentera pemerintah menjalankan tugas seperti mana betapa susahnya rakyat untuk bertemu ahli parlimennya apatah lagi mendengar penderitaan rakyat.

Rakyat pada hari ini pula terpaksa membayar lebih untuk hidup kerana semua harga barang keperluan telah naik ekoran kenaikkan harga petrol. Kerajaan dilihat sebagai gagal mengawal tindakan peniaga yang menaikkan harga barang. Tambah menjengkel lagi agensi-agensi kerajaan seperti TNB ,JBA dsbnya turut menaikkan kadar masing-masing sedangkan perkhidmatan masih ditakuk lama. Masih banyak tempat bekalan air sering terputus lebih-lebih lagi dimusim perayaan.

Bagi sesetengah rakyat yang cenderung terhadap Islam mereka melihat ' ketuanan Melayu' gagal menjalankan amanah Allah untuk melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya malah dilihat menjalankan dasar-dasar sekular dalam pemerintahannya. Jadi pada mereka apa perlunya dipertahankan lagi 'ketuanan Melayu'.

Pada segelintir rakyat lagi mereka melihat 'ketuanan Melayu' adalah lingkaran golongan bangsawan yang tersebut diatas tadi mengekalkan kekuasaannya. Menjadi 'kelompok bangsawan' sememangnya sangat perlu mereka pertahankan kerana disitulah terlonggoknya kemewahan duniawi yang menjadi rebutan putera puterinya. Kepada golongan rakyat biasa fikir-fikirlah kerana semuanya sia-sia bagi kita kecuali Islam.