SEJAHTERALAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Sabtu, 4 Disember 2010

Tahu tak tahu buat-buat tahu

Teringat pada kata-kata bijak bistari , tahu yang dia tahu , tahu yang dia tak tahu , tak tahu dia tahu , tak tahu dia tak tahu , tahu tapi buat-buat tak tahu dan tak tahu tapi buat-buat tahu.
Tahu dia tak tahu tiada masaalah kerana boleh bertanya tapi macammana kalau tak tahu dia tak tahu tapi buat-buat tahu.

Pernah satu ketika tersebar dikhalayak seseorang yang tak tahu tapi cuba buat-buat tahu. Lalu keluarlah kenyataan yang menyimpang maka orang ramai pun tahu yang sebenarnya dia itu tak tahu.
Tapi ada juga seseorang yang tahu tapi buat-buat tak tahu. Cuba kita perhati ramai orang berilmu pada hari ini diam pada kemungkaran dan penyelewengan yang berlaku tanpa bangkit menegakkan kebenaran.

Golongan tahu tapi buat-buat tak tahu adalah mereka yang mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang mereka pikul. Mereka tahu hukum yang dijalankan sesat tapi tetap diteruskan dengan pelbagai alasan.
Contohnya mereka tahu judi dan arak hukumnya haram tapi mereka hanya pejam mata terhadap pengeluaran lesen yang bermakna menghalalkannya.

Isu hebat hari ini adalah persoalan ketuanan Melayu .Namun sebenarnya ramai masih tak tahu bahawa mereka perlu tahu tentang beberapa perkara.

Apakah jenis melayu yang mengisi institusi ketuanan melayu ini?   sudah tentu puak melayu PR tidak layak.

Dimanakah bertahtanya ketuanan melayu yang sering disebut-sebut ini?  sudah tentu berlegar sekitar pembesar-pembesar umno.

Apakah ketuanan melayu ini benar-benar ujud dari dulu hingga sekarang?  sebenarnya langsung tak ujud.Yang ada hanya boneka-boneka yang menjalankan arahan tuannya.

Kalau kita teliti turutan isu ketuanan Melayu kita dapati Ketuanan Melayu yang dibangkitkan adalah berbeza dengan Kesultanan Raja-Raja Melayu. Rakyat Malaysia berbangsa Melayu terlalu kerap dibangkit, diungkit dan digertak oleh golongan ' ketuanan Melayu ' bahawa selama ini semua kenikmatan dan keistemewaan yang dikecap oleh orang melayu adalah hasil perjuangan ' ketuanan Melayu '.

Sekiranya kita merujukkan ' ketuanan Melayu ' kepada kerajaan Malaysia maka nyatalah perjuangan ' ketuanan Melayu ' tidak relevan lagi. Kenapa target penguasaan ekonomi bumiputra begitu rendah berbanding peratusan kaum. Kenapa ' ketuanan Melayu ' begitu mudah menerima pendatang asing sebagai warga negara.Kenapa begitu berleluasanya rasuah yang melibatkan pemimpin parti kerajaan sehingga menggugat kesejahteraan negara. Kenapa ye ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan