SEJAHTERALAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Isnin, 22 September 2014

Buah gelut

Kalau dalam silat dinamakan buah gelut yakni helah untuk memerangkap dan mengalahkan lawan maka dalam politik kita katalah helah atau strategi. Tak kiralah siapa awak kerana memang tiada status maksum pada kita walaupun apa tahap yang ada samaada bergelar doktor , tuan guru atau macai . Teringat kata seorang arwah lewat sebelas tahun dulu , ilmu umpama daun kayu. Fahamkan sebelum ini dari segi bilangan daun sahaja rupa-rupanya bermacam-macam segi.... noktah .

Karangan ini masih merujuk kepada gambar dibawah tapi bercerita tentang pergelutan sekarang dalam Pas,PKR dan PR .Dalam politik sesiapapun sama taraf dan yang berbeza cuma semasa belum berpolitik.Bila dah masuk tak kira awak siapa dan apa alasan awak , belum tentu sama taraf kemuliannya dengan kerja pengangkut sampah atau pencuci longkang.Jadi janganlah merasakan kita sentiasa memperolehi pahala dalam setiap apa kita buat semata-mata hanya sekiranya parti kita tertulis perkataan islam.

Jumaat, 17 Mei 2013

Haji Hadi ; Terjerat atau kurang bijak













Tajuk komentar saya sudah boleh membuat ahli Pas naik marah tapi itulah hakikatnya. Kenapa seorang Tuan Guru merangkap Presiden Parti Islam yang sudah merata dunia diketahui reputasinya begitu mudah diperangkap. Ada ahli Pas mengatakan beliau dianiaya tapi kenapa insiden ini boleh terjadi . Mana pegawai peribadinya ? Atau Tuan Guru ini boleh diarah dengan begitu mudah tanpa bertanya .

Apa-apa pun gambar inilah yang menjadi punca BN menang 4-0 di Jerantut malah hampir sahaja calun Bebas yang disebelah Tuan Guru menang . Ramai pengundi cerdik tidak menyokong Dr Hamzah calun Pas tapi ramai penyokong kurang cerdik Pas mengundi calun Bebas . Fikirkanlah apa Tuan Guru dah buat tanpa dia sedar dia menyebabkan undi Pas berkurang.

Cerita lain kalilah di Jerantut

Ucapan 'ini kalilah' pada awalnya diharap menjadi senjata untuk memaut sokongan kepada calun PR tapi akhirnya bertukar menjadi 'lain kalilah'. Awalnya mood 'ini kalilah' masa menukar kerajaan BN kepada PR amat dirasai terutamanya dikalangan pengundi bandar jerantut . Beberapa bualan dengan pengundi memang membayangkan angin ubah akan melanda tapi beberapa fenomena saat-saat akhir menyebabkan angin tersebut lesap begitu sahaja ditelan oleh emosi dan poket-poket yang mengelembung.

Perubahan kepada ' lain kalilah ' terjadi apabila watak utama PR dalam PRU13 iaitu calun P.81gagal mengawal emosi apabila sahabat karibnya menjadi calon Bebas cap bungaraya setelah gagal mendapat watikah untuk bertanding atas tiket DAP. Maka bermulalah satu kerja untuk mengelirukan pengundi penyokong PR  bahawa calun Bebas bebas Dap ini mendapat restu rahsia dari pimpinan Pas . Berbagai usaha dilakukan untuk menarik sokongan dari penyokong Pas sehingga bekerja keraslah para ustaz dan ustazah Pas menjaja macam-macam helah supaya calun Bebas ini menang sehingga ada yang berani mengatakan syura' ulama' Pas menerima gabungan Pas dan Bunga Raya ini.








Bagi jentera PR yang baru ditubuhkan untuk membantu calun PKR mereka terkejut bila menyedari bahawa hampir 80% jentera p/raya Pas Dun Damak telah nekad membantu calun Bebas walaupun menentang PKR yang telah menubuhkan sama-sama Pakatan Rakyat. Berbekalkan sedikit fitnah dan sifir pengundi yang memenangkan calun Parlimen Pas mereka ini telah menjadi penghalang kepada kerja2 kempen PKR dan senario seolah-olah Pas juga bertanding DUN . Maka perlawanan 4 penjuru di DUN Damak benar-benar sengit antara PKR menentang BN/MCA dan Pas/Bebas.

Keasyikkan jentera Pas Dun Damak menjalankan kerja kempen untuk calun Bebas benar-benar menjerat calun Pas sendiri. Pas merelakan lambang bulan dipergunakan oleh calun Bunga Raya sewenang-wenangnya. Mereka ( Pas Damak) lupa bahawa lambang bulan milik umat Islam dan ini melukakan hati segelintir umat Islam yang perihatin terhadap Pas . Kelukaan inilah yang menjadi punca kekalahan calun -calun Pas di Jerantut , Tahan dan Pulau Tawar.



Khamis, 16 Mei 2013

DUN Damak yang bercelaru




PRU 13 yang lalu benar-benar memaparkan sikap sebenar sebahagian ahli politik di Jerantut.Melihat kepada gambar tertera ramai pengundi tertanya-tanya malah ada yang terkeliru apakah ada rakan baru dalam Pakatan Rakyat sedangkan diwaktu yang sama Parti Keadilan juga meletakkan calun disini (DUN Damak).

DUN Damak ada 4 calun yang bertanding iaitu  BN,PKR, Bebas( Bunga Raya) dan Bebas (Cangkul).Atas beberapa sebab Pas yang bertanding kerusi parlimen memilih calun Bebas menjadi rakan pakatannya sewaktu berkempen membelakangkan semangat pakatan Pakatan Rakyat.

Persoalannya ;

wajarkah calun Parlimen Pas mencampuri urusan Dun dengan berkempen bersama jenteranya memujuk pengundi memilih calun Bebas Bunga Raya ?

kenapa kempen ' sembelih ' calun PKR yang bermula selepas sahaja hari penamaan calun dilakukan secara terancang dan terang-terang.

kenapa jentera kempen Pas Dun Damak bersungguh-sungguh menyokong calun Bebas BungaRaya sehinggakan kerja2 kempen untuk calun Parlimen Pas terbantut.

kenapa Tuan Presiden Pas juga berjaya dipergunakan oleh calun Bebas untuk kempennya seolah-olah dia mendapat restu dari presiden Pas.

kenapa Pas Jerantut menjahanamkan persahabatan dalam Pakatan Rakyat di DUN Damak dengan berbagai-bagai alasan dan fitnah terhadap calun PKR.

Ahad, 6 Januari 2013

Amanat Haji Abdul Hadi







Saya belum pernah membaca secara penuh amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi ,presiden parti Pas,cuma berkesempatan menatap beberapa helaian yang dimuatnaik dilaman facebook dan blog. Tapi apabila heboh hari ini media berbagai jenama meminta TGHAH menarik balik amanatnya maka saya kembali berminat untuk memberi perhatian kepada isu ini.

Amanat ini sejak awal lagi telah menjadi pemecahbelah masyarakat Melayu. Bagai nak pecah kepala otak ustaz2 Umno nak menjawapnya. Kerana sebelum ini hampir semua Melayu Islam selesa dengan pegangan politik suku agama suku. Amanat ini menyedarkan ramai orang Melayu betapa kewajipan mereka mengambil Islam menjadi teras politik dan membuang konsep kebangsaan,puak dan kesukuan.

Sudah lama amanat ini tertampal didada masyarakat tapi masih ramai yang menolak .Kenapa ? Kenapa tiada yang berani membahaskan amanat ini secara berdepan dengan TGH Abdul Hadi atau minta TGHAH tunjukkan wakil ganti beliau seandainya tidak berani berdepan dengan beliau. Kalau setakat berhujah diperingkat Jerantut , dengan saya pun boleh.

Mengajilah ... mengajilah .... kita jadi jahil kalau tak mengaji Islam .

Khamis, 13 Disember 2012

Mabuk Kepayang

Apa yang saya catat disini hanyalah apa yang kutip dari beberapa siri pembacaan dimajalah dan akbar serta hasil dari menonton TV. Sebenarnya banyak sangat senario politik Malaysia yang sentiasa menjijikkan deria saya tapi apakan daya sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab saya harus dengar,lihat dan berdepan dengan suasana yang berlaku hari ini.

Sangat kebas lidah saya untuk memanggil gelaran Datuk kepada beberapa sang algojo yang sering berkeliaran. Bukan kerana dengki dan hasad tapi minda bodoh saya masih berpendapat seorang 'Datuk' negeri Pahang mesti seorang yang setedi ,berilmu,berjasa dan berkampung .Akibatnya ramai yang memandang rendah kepada yang bergelar 'Datuk' negeri Pahang Darul Makmur.

Kini heboh pula dengan ramalan BN akan hilang majoriti dalam Dewan Negeri dan Dewan Rakyat. Mungkin PM baru kita DS Anwar dan MB baru Pahang Datuk Fauzi . Bermakna juga UMNO akan mula beransur-ansur mati akibat kekalahan itu. Sebab utama mungkin ramai pecacainya akan berebut-rebut masuk Dap meninggalkan Umno selain tekanan-tekanan yang mungkin ditimpakan oleh PR .

Pas memang boleh menang banyak kerusi DUN Pahang tapi harus kita ingat bahawa jawatan MB mestilah juga direstu oleh Sultan. Wakil Pas atau Dap bukanlah menjadi pilihan kerana tanggapan 'ultra' kepada kedua parti ini dan calun PKR yang akan menjadi pilihan.

Khamis, 7 April 2011

Mantapkan Pas Pahang

PRU 13 yang kian hampir .... ketika ini seluruh jentera BN pusat sedang bertungkuslumus memerah otak demi mencari idea untuk memastikan BN menang cemerlang di Pahang. Tentunya negeri PM ini menjanjikan habuan lumayan sekiranya impian ini berhasil , dapatlah Tok Najib menepuk dada.

Disatu pihak lain iaitu PR ... jentera pilihanraya PR yang dipayungi oleh Pas masih lagi diulit mimpi dengan dibuai oleh isu-isu , mereka dihadapkan dengan pelbagai isu dan fitnah yang direkacipta oleh sang pemikir BN.Maka seperti biasa mereka mengharapkan kebangkitan rakyat pada hari-hari akhir mengundi untuk membantu mereka menumbangkan BN.

Hanya kebangkitan menyeluruh rakyat Pahang yang mampu mengalahkan  pemerintahan BN dan tiada siapa manusia yang mampu menghalangnya. Cuma yang teramat penting Pas Pusat mesti membentuk barisan kepimpinan Pas Pahang yang diterima dengan gembira oleh rakyat Pahang dan bukan oleh segelintir ahli Pas.Jangan kerana kemaruk untuk berkuasa pilihanraya 13 nanti kita kempunan lagi.

Isnin, 21 Februari 2011

Isu Melayu mainan siapa.

Setelah negara merdeka lebih 50 tahun lalu, kehendak orang Melayu terhadap perubahan sistem-sistem pentadbiran kepada sistem Islam semakin ketara. Kehendak ini yang disalurkan melalui perjuangan PAS sejak mula merdeka lagi telah semakin mendapat sokongan rakyat walaupun berbagai halangan diujudkan oleh BN. Memang matlamat PAS yang mahu Islam menjadi landasan sistem kenegaraan semakin diterima oleh rakyat khususnya orang Melayu sehingga membimbangkan UMNO yang menjadi teras kepada kerajaan BN.

Melihat kepada minda orang Melayu yang semakin maju dalam menerima Islam secara total maka musuh-musuh Islam di Malaysia mula gusar. Lantaran dari situasi ini maka beberapa isu ditimbulkan . Selain dari cubaan merendah-rendahkan Islam secara langsung , isu Melayu juga dimainkan memandangkan majoriti Melayu adalah Islam. Sebagai kaum majoriti kelemahan dan kecelaruan Melayu tentunya mengencatkan perkembangan perjuangan Islam di Malaysia.

Kita perlu sedar isu Melayu sepatutnya tidak perlu diungkitkan lagi kerana telah diselesaikan sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi. Apa yang perlu orang Melayu perjuangkan pada abad ini adalah penambah baik terhadap sistem-sistem kenegaraan. Mana-mana sistem yang masih bersandar kepada sistem barat harus melalui tranfomasi kepada sistem dari Islam. Inilah sepatutnya isu yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang Melayu tanpa kira fahaman politik dan bukannya kembali mundur dengan berjuang dalam isu-isu lama.

Apabila sistem-sistem negara yang ada berlandaskan Islam maka tentunya keadilan akan wujud dan hak semua bangsa terjamin. Semua perjuangan atas nama bangsa patut ditinggalkan segera dan penumpuan orang Melayu mesti dalam satu arah iaitu tranfomasi kepada Islam secara keseluruhan . Inilah yang ditakuti oleh musus-musuh Islam dan orang Melayu ( pejuang ) jangan sekali-kali menjadi mata rantai kepada perjuangan musuh-musuh  Islam . Musuh-musuh Melayu bertepuk tangan kerana mereka tahu Melayu tidak akan maju dan kuat  dengan Ketuanan Melayu sebaliknya Melayu akan menjadi perkasa jika mendaulahkan Islam.